Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kemelut Selesai, DSV Pamer Barang Kemas Pilihan Aishah Bernilai RM80,000

Selepas timbul pelbagai isu sebelum ini, akhirnya jutawan kosmetik Datuk Seri Vida telah menyerahkan barang kemas dan berlian bernilai RM80,000 seperti yang dituntut oleh penyanyi Aishah.

DSV menerusi satu sidang media khas, mempamerkan lima jenis barang kemas yang dipilih Aishah terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk satu cincin lelaki.

Advertisement

Menurutnya, dia sendiri berbesar hati menyerahkan sepenuhnya kepada Aishah untuk membuat pilihan barang kemas seperti yang diinginkan.

Saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara GV.

Berang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya di kedai emas.

Advertisement

DSV berharap kemelut dakwaan pemberian palsu sebagai hadiah di Gegar Vaganza 4 akan berakhir selepas dia menyerahkan barang kemas tersebut.

Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda. Kalau saya jumpa dia pun lepas ini, tidak ada masalah, saya boleh tanya macam mana berlian?.

Terdahulu, kontroversi serta kemelut Aishah dan DSV bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu. Hadiah itu didakwa bukan tulen selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas. Pelbagai isu mula timbul selepas itu dan akhirnya Aishah membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 Comments

  1. Anonymous

    July 18, 2019 at 11:52 am

    takpe kak aisyah, kemenangan tu 1 kepuasan utk org yg takde ape2 tapi diberi akal utk tegakkan kebenaran. die buat mcm tu seolah nak tunjuk yg diri die tu hebat n duit tu segalanya bagi die. tapi puas ke hati die? malah lebih dapat kejian n makian org lg ade lah. kalau nak bagi tu biarlah dgn cara yg betul. bukan sumbat bende tu dlm keropok ke makanan ke ibarat ko x heran sgt dgn nilai dia. kalau x heran knp nak tipu awalnye/

  2. Anonymous

    July 18, 2019 at 11:49 am

    dari dulu aku mmg x berkenan dgn DSV ni, mcm mental prob pon ade. sudahla ko menipu org tu, pastu bila nak bagi btul2 punye ko bagi ibarat bende tu takde harga je ko buat main2. no wonder lah kawen cerai kawen cerai, kalau org lain pon ko pijak2 maruah diri die, inikan life partner ko. cube laa insaf sikit diri tu dah pernah kehilangan 2 org anak, cube laa bawak muhasabah sikit diri tu n dekatkan diri dgn tuhan. ini makin ligat n perli sana sini ibarat yg si miskin ni mcm papa kedana sgt je.

  3. Anonymous

    July 18, 2019 at 11:03 am

    masalahnya..yang kau suap berlian tu sekali dgn salmon skin chips dlm mulut anak kau..lepas tu..anak kau luah balik..then kau nak bagi kat orang???? apa tuuu

  4. Anonymous

    July 18, 2019 at 10:59 am

    kalau beri brg palsu, maka dpt cinta pun palsu..cayolah..

  5. Jjay

    July 18, 2019 at 10:40 am

    Jgn biarkan makcik ni taja GV lagi .Dasar dasar penipuuu

    • Anonymous

      July 18, 2019 at 2:36 pm

      Memang dia tak akan taja punya, dia bukan ada duit pun..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top