Kemelut Keputusan FFM23, Buangkan Rasa Tak Puas Hati, Tingkatkan Prestasi

Hiburan

Kemelut Keputusan FFM23, Buangkan Rasa Tak Puas Hati, Tingkatkan Prestasi

ffm23

Sebenarnya kami taknak tulis mengenai kemelut Festival Filem Malaysia yang ke 23 baru-baru ini. Rasanya semua orang pun tahu siapa yang jadi pemenangnya. Namun sehingga hari ini, kira-kira hampir sebulan keputusan diumumkan, masih ramai lagi yang tak berpuas hati dan kecewa dengan senarai pemenang.

Advertisement

Yang paling jelas bengang sudah tentu Ahmad Idham, Mamat Khalid dan Farid Kamil yang masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemenang bagi Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Di mata kami, kami nampak Mamat Khalid tersangatlah kecewa dengan kekalahan filem Estet di tangan filem Magika dalam kategori Filem Terbaik. Mungkin agaknya Mamat Khalid terover confidence dengan filemnya.

Kami tak tengok lagi filem Estet so kami tak berani nak komen apa-apa. Kami dah tengok filem Magika dan rasanya filem Magika sememangnya lain daripada yang lain. Ada unsur-unsur sejarah, ada unsur-unsur muzikal dan paling penting kami tak rasa membazir mengeluarkan duit menonton filem Magika. Antara filem Melayu yang not bad dari pandangan kami.

Pandangan kami, adat bertanding sudah tentulah ada menang dan ada kalah. Janganlah bila kita kalah, kita nak menyalahkan orang lain pulak. Mungkin ada sesuatu dalam filem kita, arahan kita, susunan muzik kita ataupun mutu lakonan yang menyebabkan pihak juri tidak memilih kita sebagai pemenang.

Kalau setiap kemenangan dipertikaikan, itu menunjukkan kurangnya sikap professional kita. Kita pun tahu juri bukannya orang yang sempurna. Mereka pun ada preference mereka yang sendiri. Rasanya kalau nak menang sangat, apa kata kita sendiri buat festival filem sendiri dan kita sendiri yang jadi juri. Confirm semua anugerah pun kita akan bolot.

Apa pun sebenarnya kami suka dan terharu dengan keprihatinan mereka-mereka yang menunjukkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil FFM23. Bukan apa, sekurang-kurangnya nampak masih ada yang sayang dan prihatin tentang industri filem tempatan. Sekurang-kurangnya bila selalu keluar suratkhabar pasal isu ini, masyarakat kita akan terasa nak pergi tengok filem tersebut untuk membuat penilaian sendiri.

Apa pun, kita tunggu FFM24 tahun depan. Mungkin ada berita baik untuk mereka yang kalah tahu ini. Siapa yang tahu kan?

P.S: Ini hanya pandangan peribadi saya sebagai seorang yang mendapat info daripada suratkhabar sahaja. Kalau ada salah silap harap maafkan. Hidup filem Malaysia ~~~

P.P.S: Kesian kat kambing seekor ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...