“Kembara Mahkota Johor Rasa Kekurangan Tahun Ini Tanpa Kelibat Tunku Jalil”, Luah Permaisuri

Trending

“Kembara Mahkota Johor Rasa Kekurangan Tahun Ini Tanpa Kelibat Tunku Jalil”, Luah Permaisuri

2 (1)

Seperti kebiasaannya setiap tahun, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bersama permaisuri dan anakanda baginda akan melawat rakyat-rakyat jelata dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ).
Tuanku Sultan akan memberikan bantuan kepada rakyat-rakyat yang memerlukan selain beramah mesra bersama rakyat diseluruh pelusuk negeri Johor.

Advertisement

Namun, KMJ tahun ini nampaknya sedikit hiba bagi Tuanku Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah apabila tuanku permaisuri melahirkan rasa kehilangannya dalam jelajah KMJ kali ini.

Kehilangan yang dimaksudkan ialah ketiadaan Tunku Jalil yang telah bertemu Maha Penciptanya tahun lalu kerana menghidap kanser.

Jom kita baca apa yang Tuanku permaisuri luahkan.

Sayangku, Lil.

Paduka kekanda sulung mu, adindanya Che’ Puan Khaleeda serta kekanda Inah, kini berada di Kuala Lumpur bagi keberangkatan ke pertandingan bolasepak malam ini dan tidak bersama kami pagi tadi. 

Sepertimana dikala lain apabila kami semua bersama di majlis-majlis rasmi, Mama akan mengira berapa orang anak lelaki Mama yang turut serta bersama Mama. Mama kekurangan seorang. 

Lil yang tiada rupanya. 

Benar bak kata kekanda mu, Idris : bagaimana pun sukarnya, kami perlu terus tersenyum, berjumpa semua yang ada, dan terus menunaikan tanggungjawab kita. Hidup ini tidak akan sama lagi seperti dahulu. 

Moga Lil berada dikalangan mereka yang beriman.

4 (1)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Anonymous

    May 16, 2016 at 11:34 am

    ALFATIHAH UTK ALMARHUM TENGKU JALIL….
    SEMOGA ALLAH TAALA MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH BELIAU…