Kembar Siam Lahir Dengan 4 Tangan 2 Kaki, Turut Kongsi Hampir Seluruh Organ

Trending

Kembar Siam Lahir Dengan 4 Tangan 2 Kaki, Turut Kongsi Hampir Seluruh Organ

34E22DE900000578-3621858-image-a-1_1464946270938

Seorang wanita telah melahirkan kembar siam yang mempunyai 4 tangan tapi hanya dua kaki. Kembar itu, seorang lelaki dan seorang perempuan  turut berkongsi hampir kesemua bahagian organ-organ penting.

Ibu kanak-kanak itu, Shivrajo Devi, 24, telah melahirkan bayi-bayi itu di sebuah klinik swasta di sebuah kampung di Buxar, Bihar, timur India pada petang Rabu minggu lepas.

Advertisement

Walaubagaimanapun, disebabkan kondisi yang semakin teruk, bayi kembar itu kemudian dipindahkan ke Hospital Sadar dimana mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.

34E22DDC00000578-3621858-image-a-2_1464946282140

Doktor di hospital tersebut, Dr. Raj Kumar Gupta berkata : “Mereka bersambung dari pinggang dan hanya satu kemaluan boleh dilihat iaitu kemaluan perempuan. 

“Biarpun kemaluan kedua tidak kelihatan, kami suspek bayi seorang lagi adalah lelaki kerana wajahnya, menjadikan ia kes yang sangat jarang kerana biasanya kembar siam mempunyai jantina yang sama.

Apabila keadaan bayi tersebut stabil, doktor telah menghantar kembar itu ke hospital yang lebih besar. Namun kini ibu bapa bayi tersebut diberitahu rawatan susulan perlu dibuat di Delhi.

34E22DE100000578-3621858-image-a-3_1464946297482

Kerana tidak berkemampuan, ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa membawa pulang anak mereka. Pasangan itu berkata mereka tidak menyangkakan anak mereka kembar siam biarpun telah melakukan pemeriksaan termasuk ultrasound.

34E22DD700000578-3621858-image-a-4_1464946305387

Saya tak percaya anak saya adalah kembar siam”, kata ibu kembar itu.

“Saya sangat sedih dan berharap doktor dapat menyelamatkan mereka tapi kini dengan doktor tidak dapat membantu, saya tak tahu nak buat apa sekarang”

“Mereka(doktor) memberitahu bayi kami perlu di jaga dalam kotak kaca dan kami perlu bawa mereka ke bandar besar seperti Delhi untuk rawatan.”, katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...