Seorang wanita telah melahirkan kembar siam yang mempunyai 4 tangan tapi hanya dua kaki. Kembar itu, seorang lelaki dan seorang perempuan turut berkongsi hampir kesemua bahagian organ-organ penting.
Ibu kanak-kanak itu, Shivrajo Devi, 24, telah melahirkan bayi-bayi itu di sebuah klinik swasta di sebuah kampung di Buxar, Bihar, timur India pada petang Rabu minggu lepas.
Walaubagaimanapun, disebabkan kondisi yang semakin teruk, bayi kembar itu kemudian dipindahkan ke Hospital Sadar dimana mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.
Doktor di hospital tersebut, Dr. Raj Kumar Gupta berkata : “Mereka bersambung dari pinggang dan hanya satu kemaluan boleh dilihat iaitu kemaluan perempuan.
“Biarpun kemaluan kedua tidak kelihatan, kami suspek bayi seorang lagi adalah lelaki kerana wajahnya, menjadikan ia kes yang sangat jarang kerana biasanya kembar siam mempunyai jantina yang sama.”
Apabila keadaan bayi tersebut stabil, doktor telah menghantar kembar itu ke hospital yang lebih besar. Namun kini ibu bapa bayi tersebut diberitahu rawatan susulan perlu dibuat di Delhi.
Kerana tidak berkemampuan, ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa membawa pulang anak mereka. Pasangan itu berkata mereka tidak menyangkakan anak mereka kembar siam biarpun telah melakukan pemeriksaan termasuk ultrasound.
“Saya tak percaya anak saya adalah kembar siam”, kata ibu kembar itu.
“Saya sangat sedih dan berharap doktor dapat menyelamatkan mereka tapi kini dengan doktor tidak dapat membantu, saya tak tahu nak buat apa sekarang”
“Mereka(doktor) memberitahu bayi kami perlu di jaga dalam kotak kaca dan kami perlu bawa mereka ke bandar besar seperti Delhi untuk rawatan.”, katanya.