“Kembar Ke?” – Peminat Seloroh Wajah Bapa Hairul Azreen Mirip Tan Sri Vincent Tan

Hiburan

“Kembar Ke?” – Peminat Seloroh Wajah Bapa Hairul Azreen Mirip Tan Sri Vincent Tan

Nama pelakon filem aksi Hairul Azreen sejak kebelakangan ini sering disebut-sebut peminat kerana dilihat bersama orang-orang kenamaan antaranya Tan Sri Vincent Tan, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Group.

Baru-baru ini, pelakon filem Paskal itu dilihat membawa ibu bapanya makan malam bersama Vincent.

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsi bapa kepada dua anak itu menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Dalam pada itu, Hairul turut mendedahkan bahawa perbezaan umur antara dua figura itu hanyalah satu tahun di mana Vincent berumur 70 tahun manakala bapanya pula 71 tahun.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat teruja melihatkan wajah kedua-duanya yang sangat mirip antara satu sama lain seperti kembar.

“Kembar, misai sama..” tulis seorang peminat.

“Adik beradik ke? Muka dekat dekat dah sama” sahut seorang lagi netizen.

Terdahulu, suami kepada personaliti media sosial dan pelakon Hanis Zalikha itu menjadi bahan bualan peminat kerana dilihat terlalu rapat dan sering meluangkan masa bersama Tan Sri Vincent Tan.

Hairul dan keluarga juga pernah dilihat menaiki kapal layar mewah jutawan tersebut serta bercuti bersama-sama selain menerima ang pow daripada Tan Sri Vincent ketika perayaan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

2 years ago

"Apa Motif Eh? Tetiba Rapat Je" - Siap Dapat 'Angpow', Netizen Persoal Hubungan Hairul Azreen & Vincent Tan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...