Kembar Instafamous Dituduh Menipu: Ambil Duit, Barang Tak Pos, Review Tak Buat

Trending

Kembar Instafamous Dituduh Menipu: Ambil Duit, Barang Tak Pos, Review Tak Buat

Dengan kewujudan media sosial, arena pengiklanan di mana-mana saja di dunia telah berubah. Dua dekad lalu sebelum kewujudan Internet, hanya media cetak dan elektronik menjadi medium pemasaran utama untuk produk dan perkhidmatan.
iekaiera
Dengan kewujudan media sosial terutamanya sejak lima tahun kebelakangan ini, ramai bertukar kepada pengiklanan media sosial kerana pasaran yang besar, mampu mencapai sampel populasi yang disasarkan dengan kos yang rendah.

RM23 exclude postage Whatsapp 0123562821 #aidijumalovers #bawallovers #aidijuma @aidijuma

A post shared by Arianti Azahari (@ariantiazahari) on

Advertisement

Salah satu bentuk medium pengiklanan yang popular pada masa kini ialah review di media sosial oleh personaliti media sosial yang popular dan mempunyai ramai pengikut. Oleh sebab itu, semakin ramai individu di media sosial muncul menawarkan khidmat memberi review atau ulasan mengenai sesuatu produk sekiranya pengikut mereka ramai.

Dan bukan sukar untuk memiliki jumlah pengikut yang ramai. Sekiranya anda memiliki wajah boleh tahan, dengan kuasa solekan dan filter aplikasi gambar di telefon pintar anda boleh mengumpul pengikut berjumlah ratusan ribu. Kemudian anda boleh mula menawarkan khidmat review produk dan perkhidmatan di samping mengeluar dan memasarkan produk sendiri.

Masyarakat kita mudah kagum dengan wajah yang cantik, oleh itu sesiapa yang dilihat cantik dan memaparkan gaya hidup sosialit di media sosial akan punya ramai pengikut, sama ada di Facebook, Instagram dan Twitter.

Disebabkan itu pelajar 13 tahun yang bersolek saban waktu seperti pengantin dengan kanta lekap berwarna, atau teman lelaki yang membawa teman wanita menaiki limosin dan kapal layar menjadi viral dan mempunyai ramai pengikut–boleh dikatakan masyarakat kita memandang luaran.

Jika anda tiada bakat dan kemahiran yang baik pun masih boleh jadi popular di media sosial asalkan berani beraksi ranggi, bercakap mengenai pandangan peribadi yang kontroversi, bercakap Melayu dengan aksen atau telor Inggeris (walaupun tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik) atau sekadar memparkan gaya hidup mewah.

Dalam entri ini, penulis ingin mengetengahkan mengenai dua personaliti Instagram yang popular dan punya ratusan ribu pengikut. Mereka ialah adik beradik kembar @iera.tajudin dan @ieka.tajudin

Mereka berdua berusia 16 tahun dan bersekolah di rumah sahaja (home-schooled).

Seperti persoaliti lain di media sosial, bergaya dan bersolek di Instagram menyebabkan mereka mempunyai ramai pengikut dan kemudian menawarkan khidmat untuk review produk. Caj yang dikenakan juga agak murah, hanya RM 20 bagi satu review.

Masalah yang timbul ialah, entah berapa tahun penjual perlu menunggu untuk mereka memuat naik review produk walaupun wang sudah dikreditkan dalam akaun mereka dan barang untuk diulas sudah dihantar kepada mereka.

Seorang pengguna Twitter, @_natashaanuar yang merupakan seorang tweetfamous mendedahkan, dia telah menghantar banyak pakaian untuk diulas kembar ini di Instagram tetapi tidak ada khabar berita walaupun setelah berbulan-bulan mereka mendapat pakaian itu:


tasah2

tasah3

tasah4

Lebih menarik, Ieka telah membabitkan ibunya dalam permasalahan ini tetapi ibunya telah mengugut Natasha.
tasah5

tasah6

Natasha telah menunggu enam bulan tetap ada yang telah menunggu setahun tetapi Ieka masih belum mengulas mengenai produk mereka di Instagram.


Malah, ada yang mendakwa telah membeli shawl yang dijual oleh mereka tetapi sehingga ke hari ini, barang tidak dipos dan mereka masih menyepi.

Lebih menarik, pengguna Twitter ini telah mengingatkan Iera Tajudin mengenai shawl yang dibelinya masih belum dihantar, dan Iera telah meminta pengguna Twitter tersebut menghantar mesej WhatsApp kepada satu nombor. Bagaimanapun, pemilik nombor telefon tersebut mendakwa tidak pernah menjual tudung.



tasah7

tasah8


tasah9

tasah10

tasah11

tasah12

Berikutan perkara ini telah menjadi viral di Twitter, pasangan kembar Iera dan Ieka telah membuat satu video di Instagram meminta maaf dari penjual yang meminta review dan pembeli tudung mereka.

Kami mohon maaf pada semua??

A post shared by ?Princess Mama & Papa ? (@ieka.tajudin) on


Namun apakah ia semudah itu? Ramai menganggap video ‘damage control’ mereka lebih bersifat kontrol cun dari meminta maaf dengan ikhlas.


Iya, wajah anda mungkin comel tetapi biarlah tanggungjawab itu sama comel dengan wajah. Mungkin anda sudah rasa seronok menerima pelbagai barang dan wang tetapi janganlah anda menganggap barang dan wang yang dimasukkan ke akaun anda itu seperti pemberian sedangkan mereka membeli barang dan perkhidmatan anda.

Ada banyak lagi aduan lain dari pengguna Twitter mengenai sikap mereka tetapi buat masa ini penulis memaparkan ini sahaja. Mereka setakat ini memberi alasan terlalu sibuk.

Bagi penulis, tidak akan merisikokan wang penulis untuk menggunakan khidmat mereka untuk promosi produk, kerana Instagram juga telah mempunyai perkhidmatan pengiklanan berbayar tersendiri dengan harga berpatutan, sama seperti Facebook.

Timbul persoalan di benak penulis, adakah mereka ini akan bertindak meminta maaf sekiranya perkara ini tidak menjadi viral? Hanya tuhan yang tahu jawapannya.
amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

34 Comments

  1. Anonymous

    May 26, 2017 at 10:27 pm

    Dear, jaga adab tu elok² sikit.Orang sekarang tak ramai yg cari muka lawa tapi attitude hampeh.K bye.Sorry kalau terasa.assalamualaikum.

  2. Ko rase?!

    May 23, 2017 at 7:33 pm

    Sesungguhnye diorang ni buat aku tiba2 rase nk carut!

  3. blur

    May 7, 2017 at 2:49 pm

    buruk je aku tgk kembar nieh..dh la suka menipu..lagi buruk ah muka tu..mintak maaf pon mcm iklan
    ucapan selmat hari raya je

  4. Ricky2

    May 6, 2017 at 3:46 am

    Baca buku tu dik, tahun dpn nk spm, buat apa muka cantik tp bangang, kalau fail spm nanti, sebuk nk jadi femes

Loading...