Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Kembar’ Faizal Tahir, Pelawak Joe Aziz Terkilan Dengan Cara Pengacara Halaunya Dari Set MeleTOP

Cara pengacara program hiburan MeleTOP iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa yang seakan menghalau pelawak Joe Aziz yang berwajah seperti penyanyi Faizal Tahir mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement

Meskipun nama Joe tidaklah sepopular pelawak lain yang gah, rata-rata netizen bagaimanapun berpendapat kedua-dua pengacara itu seharusnya tetap menghormati tetamu yang diundang. Malah, Joe sendiri mengakui terasa hati dan terkilan dengan tindakan Nabil dan Neelofa.

Sebagai manusia biasa, sudah semestinya saya terasa hati dengan layanan yang diberikan oleh Nabil dan Neelofa. Saya agak terperanjat apabila Nabil dan Neelofa seakan-akan menghalau saya secara langsung dan boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia sedang menonton program itu. Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya mereka sudah tidak memerlukan saya di segmen itu tetapi ada cara yang lebih baik untuk minta saya beredar.

Walaubagaimanapun, Joe memahami situasi pasangan pengacara itu yang tidak tahu mengenai kehadirannya pada malam itu untuk membuat kejutan kepada mereka berdua. Pada Joe, pihak produksi seharusnya memaklumkan segala perancangan kepada Nabil dan Neelofa agar tidak berlaku sebarang salah faham.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : YouTube MeleTOP

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

53 Comments

  1. bukan joe aziz

    November 7, 2018 at 2:45 pm

    Joe Aziz kata “Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya mereka sudah tidak memerlukan saya di segmen itu tetapi ada cara yang lebih baik untuk minta saya beredar.”

    cuba bagi contoh cara yang lebih baik tu…nak tahu jugak

  2. mak aku

    November 4, 2018 at 6:38 pm

    Komen2 mcm orang buang sampah tepi jalan sapa pun tak ngaku..tapi jalan penuh dgn sampah.botol air,kotak makanan.kertas.plastik tisu.selamba je campak keluar..bila cakap pasal kebersihan..semua mengaku bersih.padahal dialah penyumbang.sapa makan taik sila balas komen.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama