Kembar Datuk Lee Chong Wei Tak Sangka Jadi Viral

Trending

Kembar Datuk Lee Chong Wei Tak Sangka Jadi Viral

Seorang pelajar perempuan tidak menyangka akan menjadi popular setelah kemaskininya di media sosial tentang jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei menjadi viral.kembar

Ika Syazwani menulis, “Tahniah, kembar! #DatoLCW” di Facebook. Ia disalin dan dikongsi secara meluas di media sosial apabila netizen menyedari yang Ika seiras dengan Chong Wei.

Advertisement



Tetapi pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang periang itu tidak kisah dengan perhatian yang diterima.

Siapa sangka orang ramai samakan wajah saya dengan Lee Chong Wei. Mungkin ia kerana struktur wajah kami serupa.

Ika memberitahu wajahnya diwarisi dari neneknya yang berbangsa cina.

Ini bukan kali pertama Ika menerima perhatian kerana wajahnya seiras Chong Wei. Gambarnya pernah viral pada 2013 dan kini gambarnya muncul semula setelah Chong Wei memenangi perak olimpik.

Saya selalu rasa nak tergelak sebab bagi saya semua ini kelakar. Saya tak sangka ia akan jadi viral.

Kata Ika ada juga yang mempersendakannya tetapi dia tak peduli.

Ika mengikuti perlawanan peringkat akhir Olimpik antara Chong Wei dengan Chen Long dari China dengan penuh minat dan menulis kemaskini perlawanan itu di Facebook.

13710031_1270164082994651_3501829191098263119_nDia juga ada memberi komen tentang perlawanan Chong Wei dengan Lin Dan.

Dia ialah peminat setia kembarnya dan memuji persembahan Chong Wei di Olimpik.

Datuk Lee berada dalam prestasi terbaik. Saya sangat teruja dan saya sampai teringin nak ke Rio. Lebih mengujakan bila Datuk Lee dapat ke peringkat akhir. Saya sangat bangga.

Walaupun pelajar jurusan matematik dan statistik itu kadangkala bermain badminton, dia lebih berminat dengan sukan automotif seperti lumba motor dan kereta.

Setelah gambarnya menjadi viral, dia menerima banyak friend request di Facebook malah ada yang meminta nombor telefonnya walaupun dia tidak mengenali mereka.

Sumber: The Star -amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...