Kembar 7 Pertama Didunia Berpisah, Selepas Masing-Masing Tamat Pengajian Pada Waktu Yang Sama

Trending

Kembar 7 Pertama Didunia Berpisah, Selepas Masing-Masing Tamat Pengajian Pada Waktu Yang Sama

November 1997 yang lalu, gempar satu dunia memperkatakan tentang Kenny McCaughey apabila dia berjaya melahirkan tujuh bayi kembar pertama di dunia sekaligus memegang rekod Genius World Record ketika itu.

Advertisement

Apa yang menarik bayi-bayi Kenny, Kelsey, Natalie, Brandon, Alexis, Nathan dan Joel yang merupakan bayi pramatang dengan berat hanya dua ke empat pound sahaja membersar dengan sihat.

Dalam kehidupan mereka sehingga kini berumur 20 tahun mereka tidak pernah berpisah, bersekolah rendah dan tinggi bersama, tetapi kini nampaknya mereka terpaksa berpisah selepas tamat diploma di Sekolah Tinggi Carliste, Iowa.

Mereka ini nampaknya akan menempuh kehidupan masing-masing melalui alam pekerjaan dimana ada yang memilih untuk berkhidmat dalam ketenteraan dan sebahagian lagi bertekad untuk masuk ke dunia pekerjaan.

Menurut bapa mereka, Bobbi, semasa anak-anaknya ini dilahirkan, isterinya telah mengalami kerosakan kelenjar pituitari dan tidak mampu menghasilkan hormon mencukupi untuk merangsang ovulasi menyebabkan mereka telah mengambil keputusan untuk mengambil ubat kesuburan Metrodin.

Kelahiran kembar tujuh ini menggemparkan seluruh dunia sehingga menarik perhatian orang-orang kenamaan seperti Presiden Bill Clinton dan menjadi tetamu jemputan dalam rancangan bual bicara Oprah Winfrey.

“Bertahun sudah berlalu. Terlalu banyak perkara yang telah terjadi, segala perkara yang telah berlaku adalah merupakan perkara yang terakhir.”

“Persembahan kumpulan pancaragam yang terakhir. Aktiviti merentas desa yang terakhir. Konsert koir yang terakhir. Melihat kesemua perkara ini berakhir adalah sesuatu yang menyedihkan, tetapi pasti banyak permulaan kepada perkara-perkara baru akan muncul.”

“Kenangan sedih mahupun gembira inilah yang membentuk keluarga kami pada hari ini dan ianya adalah kenangan yang sungguh istimewa.”

“Semuanya berlaku secara drastik, hilang dalam sekelip mata.” kata Boobi.

Sumber : Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...