Awal minggu ini, presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia, Yusof Abdul Rahman dipetik menyatakan sudah samapi masa untuk kerajaan membawa masuk semula RON 92 sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan bebas kos sara hidup rakyat kini.
Di dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, Yusof menyatakan yang RON92 dapat digunakan bagi mereka yang mempunyai kenderaan berkapasiti rendah – yang rata-ratanya dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah.
Yusof juga menambah, kerajaan sepatutnya memberi subsidi minyak RON92 bagi membantu mereka yang berada di dalam kumpulan B40.
Bagimana pun terdapat setengah pihak yang tidak bersetuju akan cadangan beliau ini. Salah seorang daripadanya adalah ketua aktivis Persatuan Pengguna Muslim Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menegaskan bahawa RON 92 adalah minyak yang tidak bagus kerana mengandungi plumbum.
Datuk Nadzim menegaskan bahawa ianya tidak baik untuk persekitaran dan menegaskan kerajaan sepatutnya memberi subsidi kepada mereka yang memerlukan secara langsung.
Subsidi begini bergantung kepada peringkat pendapatan. Contohnya, bagi mereka yang berpendapatan RM2,000 dah ke bawah sahaja yang layak memohon mendapatkan subsidi tersebut.
Setakat ini, setiap orang menerima subsidi meskipun mereka adalah golongan jutawan. Mekanisma untuk memberi subsidi kepada mereka yang betul-betul memerlukannya patut dilaksanakan, tegas Datuk Nadzim lagi.
Apa pendapat anda? Yang mana lebih baik? ; Membawa masuk semula RON 92 atau memberikan subsidi kepada mereka yang betul-betul memerlukan sahaja?? Tepuk dada tanya selera…