Pelakon dan pelawak, Along Cham sebentar tadi memaklumkan sudah menyelesaikan urusan di Mahkamah Syariah susulan daripada pengesahan lafaz taklik yang difailkannya sebelum ini.
Along dalam pada itu sempat memuat naik satu hantaran di Instagram Story bagi mengumumkan bahawa dia sudah kembali solo dan memberi bayangan sudah bercerai.
Alhamdulillah selesai urusan Mahkamah Syariah. #Arbaiebujangkembali
Namun begitu, pelawak itu tidak berkongsi lanjut mengenai urusan di mahkamah sama ada sudah bercerai atau sebaliknya.
Terdahulu, Along mengejutkan ramai pihak apabila dia hadi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 28 Januari lalu bagi memfailkan lafaz taklik terhadap isterinya.
Tindakan itu dibuat setelah dia dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah jenis ganja.
Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.