Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kembali Rujuk, Da’i Farhan Dan Bekas Isteri Pertama, Fatin Kembali Bersama Pada 1 Syawal

Dai farhan fatin

Pendakwah bebas, Da’i Nik Farhan Nik Mohamad,31, dikhabarkan kembali bersatu dengan bekas isteri pertamanya iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 1 Syawal yang lalu.

Kasih bertaut kembali, keduanya dilaporkan telah bernikah semula apabila wanita itu dilihat memuat naik foto persandingannya bersama Farhan di laman Instagram.

Advertisement
Dai Farhan FatinSumber : Instagram Fatin Nurul Ain  

Fatin menerusi kapsyen foto tersebut turut menzahirkan doa agar rumah tangga yang dibina kembali itu kekal terpelihara sehingga ke akhir hayat.

“Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat.” tulis Fatin.

Terdahulu, Da’i Farhan telah mencetuskan kontroversi berkaitan rumah tangganya apabila dia mendedahkan sudah bernikah dengan seorang wanita bergelar ibu tunggal yang dikenali sebagai Erin di Mekah.

Dai farhan fatinSumber : Google  

Tindakan Farhan itu mengundang kecaman netizen apabila pernikahan itu terjadi di kala isteri pertamanya iaitu Fatin sedang sarat hamil anak kedua.

Pada 3 Disember 2019, Da’i Farhan telah menceraikan Fatin dengan talak satu. Namun selepas hampir lima bulan berkahwin dengan Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, mereka berdua berpisah gara-gara jodoh tidak berpanjangan.

Advertisement
Dai farhan ErinSumber : Google  

Manakala hasil perkongsian hidup dengan isterinya kini, Farhan dan Fatin telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sudahpun berusia tiga tahun dan setahun lebih.

Fatin dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur apabila kedua anaknya dapat merayakan hari lebaran bersama bapa kandung setelah setahun terpisah.

FatinSumber : Google  

“Tahun ini merasalah beraya di sini. Alhamdullilah syukur tahun ini Allah beri rezeki lain menyatukan hati dan keluarga kami. Walaupun PKP dapat juga anak-anak merasa hari raya bersama-sama sebagai keluarga besar.” ujar Fatin.

Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. brunes

    May 19, 2021 at 10:15 am

    ewww jijik penunggang2 ugama ni! so toxic!

  2. tecit

    May 18, 2021 at 2:36 pm

    yg berlalu boleh berlalu tapi jangan pernah dilupakan. haihhh apelaa nak jadi
    busuk2 bini tua jugak, sakit demam bini tua jugakkk. katee cik latipahh.

  3. Kai

    May 16, 2021 at 12:15 am

    Jantan gini jgn buat laki… Gatal nak mampus. Why are you so foolish? Tak yah nak ingatkan anak tak de bapak… Tak ingat ke betapa remuk nya hati bila dia pegi pat pompuan tu and tinggal kan kau? Skali dibuat, cukuplah…dia fitnah kau..mengata kau…. Kau tngh mengandung, dia ceraikan kau….tak kan itu semua kau tak ingat? You can live your life w/o him srsly… Jantan bedebah tu muko mcm mintak kena sepak… Jantan siiiiiiiiaaalllllllllllllll

  4. cdf

    May 15, 2021 at 9:39 am

    yg untung, tetap laa si lelaki. dulu siap tuduh isteri ada affair dgn kawan perempuan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top