Kembali Rujuk, Da’i Farhan Dan Bekas Isteri Pertama, Fatin Kembali Bersama Pada 1 Syawal

Hiburan

Kembali Rujuk, Da’i Farhan Dan Bekas Isteri Pertama, Fatin Kembali Bersama Pada 1 Syawal

Pendakwah bebas, Da’i Nik Farhan Nik Mohamad,31, dikhabarkan kembali bersatu dengan bekas isteri pertamanya iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 1 Syawal yang lalu.

Kasih bertaut kembali, keduanya dilaporkan telah bernikah semula apabila wanita itu dilihat memuat naik foto persandingannya bersama Farhan di laman Instagram.

Advertisement
Dai Farhan FatinSumber : Instagram Fatin Nurul Ain  

Fatin menerusi kapsyen foto tersebut turut menzahirkan doa agar rumah tangga yang dibina kembali itu kekal terpelihara sehingga ke akhir hayat.

“Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat.” tulis Fatin.

Terdahulu, Da’i Farhan telah mencetuskan kontroversi berkaitan rumah tangganya apabila dia mendedahkan sudah bernikah dengan seorang wanita bergelar ibu tunggal yang dikenali sebagai Erin di Mekah.

Dai farhan fatinSumber : Google  

Tindakan Farhan itu mengundang kecaman netizen apabila pernikahan itu terjadi di kala isteri pertamanya iaitu Fatin sedang sarat hamil anak kedua.

Pada 3 Disember 2019, Da’i Farhan telah menceraikan Fatin dengan talak satu. Namun selepas hampir lima bulan berkahwin dengan Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, mereka berdua berpisah gara-gara jodoh tidak berpanjangan.

Dai farhan ErinSumber : Google  

Manakala hasil perkongsian hidup dengan isterinya kini, Farhan dan Fatin telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sudahpun berusia tiga tahun dan setahun lebih.

Fatin dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur apabila kedua anaknya dapat merayakan hari lebaran bersama bapa kandung setelah setahun terpisah.

FatinSumber : Google  

“Tahun ini merasalah beraya di sini. Alhamdullilah syukur tahun ini Allah beri rezeki lain menyatukan hati dan keluarga kami. Walaupun PKP dapat juga anak-anak merasa hari raya bersama-sama sebagai keluarga besar.” ujar Fatin.

Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...