Pelakon dan pengacara Elly mazlein akui gembira menyambut ketibaan Aidilfitri baru-baru ini dengan status sebagai seorang isteri kembali.
Meskipun bahtera rumah tangga yang dibina sebelum ini musnah akibat, Elly menyatakan kehadiran lebaran kali ini ini sedikit meriah apabila wujud suami di sisi disamping cahaya matanya dan bapa.
Menurut Elly, ia seakan menjadi impian buat setiap insan untuk merayakan Syawal dengan keluarga yang lengkap.
Hal ini kerana, Elly difahamkan sangat teruja dan seronok apabila diberi peluang oleh Allah SWT meraikan perayaan itu dengan sempurna.
“Saya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan, Alhamdulillah.”
Tambah Elly lagi, rezeki perjalanan kariernya kini bagaikan makin mencurah-curah selepas dirinya membuat keputusan untuk berumah tangga kembali pada 18 Januari lalu.
Suaminya, Mohammad Azlan juga dikatakan bagai tulang belakang kerjayanya yang tidak pernah putus sokongan dalam kariernya. Malah dirinya juga akui gembira tawaran yang diterimanya kini makin tidak putus.
Untuk rekod, Elly kini difahamkan bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Kampung People musim kedua tidak lama lagi. Drama yang mendapat sambutan hangat itu bakal kembali dengan barisan pelakon yang handal dan jalan cerita yang penuh riang.
Sumber: Gempak