Kembali Ke Sekolah Bersama Bata

Hiburan

Kembali Ke Sekolah Bersama Bata

Zaman persekolahan adalah satu zaman yang cukup seronok. Banyak sungguh memori yang terbina ketika itu terutama di sekolah rendah. Pergi sekolah naik basikal, makan di kantin dengan kawan-kawan, main bola pakai baju sekolah dan macam-macam lagilah. Dari Isnin sampai ke Jumaat, memang penuh dengan aktiviti. Di hujung minggu pula, aktiviti wajib Abang Nara ialah membasuh dan mengapur kasut sekolah Bata untuk dipakai pada hari Isnin.

1

gambar sekadar hiasan tapi rasanya teknik sama turut sama digunakan Abang Nara ketika zaman sekolah dulu

Kasut Bata ini memang cukup legendary dan digemari oleh pelajar-pelajar dan juga ibu bapa. Harganya berpatutan dan satu jenama yang cukup dipercayai. Paling penting boleh tahan lama. Dah habis setahun sekolah pun tak rosak-rosak. Power sungguh. Baru-baru ini Abang Nara saja la buat kajian sedikit mengenai jenama Bata ini. Rupa-rupanya selain kasut sekolah, jenama yang berasal dari Czech Republik ini juga ada menyediakan kasut tumit tinggi, kasut sukan, kasut kerja, handbag dan macam-macam lagilah. Antara jenama kasut yang dikeluarkan oleh Bata ialah Power, Northstar, Weinbrenner, Marie Claire dan Primavera.

Advertisement
2

kasut sukan Power berwarna pink ini dulu memang cukup popular di kalangan gadis di zaman persekolahan Abang Nara

Seperti biasa, hujung tahun adalah waktu yang paling sibuk untuk ibu bapa menyediakan segala alat persediaan untuk anak-anak masuk sekolah. Bak kata omputih, it’s “Back To School” time. Baju kena baru, seluar kena baru, tali pinggang kena baru dan sudah tentu, kasut pun nak baru. Anak Abang Nara yang sulung iaitu Aariz pun dah nak masuk tadika dah. Jadi sudah tentu kena beli kasut untuk dia. Tanpa syak wasangka lagi, jenama pilihan Abang Nara untuk Aariz sudah tentu adalah Bata.

3

Dan seperti biasa juga, Bata kini sedang mengadakan promosi “Back to School” untuk meringankan lagi perbelanjaan ibu bapa menyediakan uniform sekolah anak-anak. Cantik menarik tertarik sungguh promosi yang sedang dijalankan. Boleh jimat sehingga RM40. Banyak kan? Ini tawaran dan kombo-kombo sepanjang promosi “Back To School” ini. Kalau korang ada anak yang bersekolah, WAJIB ambil tahu tentang promosi awesome ini.

4

murah sangat nie 2 pasang RM59 je. Berbaloi-baloi sangat

5

amboi siap dapat 2 botol kapur lagi. Yang kombo beg tue pun best jugak tue

Best kan promosi “Back To School” Bata yang sedang berlangsung di 230 cawangan kedai Bata seluruh Malaysia? Memang untung sangat-sangat kalau kita selaku ibu bapa menggunakan kesempatan ini untuk melakukan persiapan buat anak-anak. Selain dari jenama Bata, ada juga beberapa jenama kasut sekolah premium yang sesuai untuk digunakan oleh anak anda ke sesi persekolahan baru. Harga pun boleh tahan bersesuaian dengan kualiti premium. Tak sampai RM50 pun. Antaranya:-

6

7

Best-best kan kasut sekolah dari Bata ini? Memang cantik tertarik menarik. Satu lagi Abang Nara pesan sebelum membeli mana-mana produk dari Bata ialah anda wajib menyertai BATA CLUB untuk mendapatkan lebih banyak kelebihan. Daftar je dah dapat voucher diskaun sebanyak RM10. Setiap pembelian akan dapat mata ganjaran. Itu belum kira special diskaun ketika hari jadi anda. Memang banyak kelebihan BATA CLUB nie. Boleh buat pendaftaran di sini dengan hanya memasukkan nombor telefon anda sahaja.

9

Jadi tunggu apa lagi? Persiapkanlah anak anda ke sekolah bersama promosi “Back To School” Bata. Alang-alang tue jangan lupa beli sepasang kasut baru keluaran Bata untuk diri anda sendiri. Selamat bergaya dengan kasut Bata. Maklumat lanjut layari www.bata.com.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...