Written by serenity | May 16th, 2019

Semalam, ada yang merasa gembira apabila mengetahui Mahkamah Rendah Syariah Klang memutuskan perceraian Pencetus Ummah Abu Sufyan (PU Abu) dan Ain ‘Afini tidak sah selepas mendapati lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dilakukan personaliti itu tidak sah.

GAMBAR: Ain ‘Afini (Harian Metro)

Namun begitu, pasangan itu kini sah bercerai talak dua petang semalam apabila PU Abu dan Ain ‘Afini kembali ke mahkamah kerana Pu Abu tidak memberi kenyataan penuh.

Bercakap pada mStar, PU Abu memberitahu:

Ketika hakim buat keputusan (penceraian tidak sah) itu, sebenarnya ada kenyataan yang tidak penuh daripada pihak saya.

Ada maklumat yang tidak cukup membuatkan perceraian itu tidak sah dan saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan.

Dia bagaimanapun enggan mengongsi ‘kenyataan tambahan’ tersebut kepada umum.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prosiding pagi tadi (Rabu), saya baru teringat ada kenyataan yang saya tidak jelaskan kepada mahkamah.

Saya dan Ain terpaksa berpatah semula ke sana dan mahkamah akhirnya memutuskan kami sah bercerai.

PU Abu menyatakan bukti perceraiannya akan diperolehi dalam masa sebulan.

Sementara itu, Ain ‘Afini ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi juga tidak dapat berkongsi ‘kenyataan tambahan’ PU Abu kerana melibatkan aib lelaki itu:

Kami sambung bicara kes waktu petang. Ada maklumat pihak lelaki yang tak lengkap sewaktu perbicaraan pagi.

Itu yang menjadi punca talak tak sah. Jadi kalau ikutkan mahkamah (keputusan) macam tu la… jatuh talak dua.

Tapi maaf saya tak dapat kongsikan (fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah) kerana ia melibatkan aib di pihak sana.

Sebelumnya, pada 28 Januari, PU Abu telah menceraikan Ain ‘Afini talak satu bagaimanapun mereka berdua rujuk semula sebulan kemudian.

Namun begitu, PU Abu menghantar teks lafaz cerai menerusi WhatsApp pada pukul 11.44 pagi, 13 Mac lalu selepas seminggu meninggalkan Ain ‘Afini.

Ain ‘Afini yang kini sarat mengandung tujuh bulan dijangka akan melahirkan bayi mereka Julai depan.

Dari kiri: Hana Azraa, PU Abu dan Ain ‘Afini

Kisah PU Abu menceraikan isteri yang sedang mengandung menjadi tular, apabila dari kenyataan Ain ‘Afini sendiri, lelaki itu meninggalkannya setelah curang dan ingin mengahwini seorang janda bernama Hana Azraa. – beautifulnara.com via mStar Online

55 responses to Kembali Ke Mahkamah Untuk Tambah Kenyataan, PU Abu Dan Ain ‘Afini Sah Cerai Talak Dua

  1. abu bakar says:

    pesal ak x tekan button dislikes tp bila ak tekan like bru kurg kt dislikes ? abg nara buat AUTO DISLIKES ke???????oiiiiiiii BN ni men tipu la kang ak boikot plk BN ni ..beautifulnara bkn barisan umno tau

  2. Anonymous says:

    Ak pelik..Dari haritu isu pu ni.. comment bnyk dislike dr like..musykil aihh

  3. Anonymous says:

    Takpe Ain, perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya. You are better off without him.

  4. joyah says:

    abg Nara yg edit bagi dislike ni… saje bagi panas.hahahah

  5. apeeee says:

    now netizen dh boleh beza kan antara alif aziz n abu sufyan
    alif
    – kurang ilmu agama
    – cerai talak 1
    – lafaz dlm mahkamah
    – proses cerai ckup 1 sesi je…xde nak sorok statement
    – berjuraian air mata saat lafaz cerai n usap anak
    – xperlu mintak kebenaran bapa utk buat statement

    BabuN sufyan
    – tinggi ilmu agama (tahap petala ke 7)
    – cerai talak 2 (jan lafaz talak, feb rujuk, mac lafaz lg)
    – lafaz diluar mahkamah
    – proses cerai 2x ulang alik ke mahkamah sbb lupa/sorok fakta (even dh ucap sumpah)
    – senggeh mcm kerang busuk kt mahkamah
    – perlu kebenaran dari bapak utk buat statement

    haaaa sambungggg

  6. Miow says:

    Bahagia tkyah ditayang, derita takya dikongsi. Pd Allah je tmpt kte bergantung seluruhnye. Aku kene cerai time sarat mengandung via whatsapp. Kene tinggal sehelai sepinggang. Tkpena share tk sape2 kecuali Allah and parents . Skang ni ex husband kene stroke. Smoga die sentiase dlm lindungan Allah. Kalo sungguh kte teraniaya, prtolongan Allah pasti tiba. Cpt atau lambat je