Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kembali Dengan Nafas Baru, Alif Satar Dan Daiyan Trisha Jadi Hos Muzik-Muzik Ke-36

Haziq Sherry

Setelah hampir tiga tahun mengendalikan program rancangan Muzik-Muzik, Sherry Alhadad dan rakan hos, Haziq Husni khabarnya tidak akan lagi menjadi pengacara untuk musim yang terbaru, Muzik-Muzik musim ke-36 (MM36).

Perkara tersebut itu diumumkan ketika siaran langsung MM36 pada malam Isnin yang lalu di mana pasangan hos ini memaklumkan bahawa untuk musim seterusnya, program hiburan tersebut akan dikendalikan pengacara yang baru iaitu Alif Satar dan Daiyan Trisha.

Menerusi Instagram muzikmuzik_official, Sherry turut mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi kerana memberikan kepercayaan buat dirinya untuk mengendalikan program popular itu.

“Terima kasih kerana memberikan kepercayaan. Muzik-Muzik banyak mengajar saya untuk menjadi pengacara yang lebih matang..” ujar Sherry ketika rakaman siaran langsung itu ditayangkan semalam.

Terdahulu, Sherry dan Haziq telah berkerjasama mengemudi program Muzik-Muzik selama tiga musim berturut-turut iaitu dari musim ke-33 hingga ke musim ke-35.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Advertisement

Pihak BeautifulNara ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Alif dan Daiyan selaku pengacara baru MM36 kelak!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    March 24, 2021 at 11:12 am

    aliff ni so boring

Loading...
To Top