Siapa kat sini suka kumpul merchandise edisi terhad? Haa, mesti seronok kan bila dapat kumpul macam-macam jenis merchandise dan susun dekat rak bilik. Rasa eksklusif sangat bilik kita nanti!
Kalau anda ada pasang hajat nak tambahkan lagi koleksi, kami ada berita gembira untuk anda tau. NIVEA hadir lagi dengan koleksi Minions tapi kali ni diorang hadir dengan cawan 3D khas. Bestnya!
Setiap kali bila NIVEA berkolaborasi dengan Minions dan hadir dengan beberapa merchandise, confirm ramai berebut nak dapatkan koleksi Minions. Kali ni, diorang buat comeback lagi ya dan merchandise yang terbaru ni memang comel sangat-sangat tau, sayang kalau tak dapatkan!
Tebus Cawan 3D Minions Dengan Pembelian Barangan NIVEA
Untuk koleksi kali ni, terdapat 3 jenis cawan 3D mengikut karakter Minions yang sangat digilai ramai iaitu Bob, Kevin dan Stuart. Ni confirm comel kalau letak dalam bilik, lagi-lagi cawan Bob!
Apa yang anda perlu buat untuk tebus cawan-cawan 3D yang comel ni adalah beli produk NIVEA atau NIVEA MEN yang bernilai RM35 ke atas dan anda akan dapat satu (1) merchandise tersebut.
Tawaran ni sangat terhad tau, bergantung pada stok yang sedia ada. Jadi, cepat rebut peluang keemasan ni sebelum terlambat!
Untuk mereka yang ada masalah bawah lengan kusam dan tona kulit tidak sekata, anda wajib cuba deodoran NIVEA Extra Bright C&E yang dirumus khas dengan 50x Vitamin C yang dapat memulihara dan melembutkan kulit bawah lengan serta 5x kecerahan yang selembut sutera hanya dalam masa 5 hari!
Selain tu, wangiannya best gilllerrrrrrrrr! Dengan deodoran ni, anda boleh sinari keyakinan dengan kulit cerah dan lembut sepanjang hari!
Selain itu, losyen Extra White C&E ini hadir dengan 50 kali ganda vitamin C yang dapat memulihara kulit serta vitamin E untuk pelembapan kulit agar ia kekal lembap dan berseri dalam masa 7 hari. Menarik!
Kira tak rugilah kalau anda beli deodoran atau losyen berharga RM35 untuk merchandise yang terhad betul tak?
Penuhi Rak Anda Dengan Koleksi Comel Minions
Tawaran ni sangat terhad tau, bergantung pada stok yang sedia ada. Jadi, cepat rebut peluang keemasan ni sebelum terlambat!
Selain deodoran dan losyen, korang juga boleh topup stok skin care korang dengan rangkaian produk daripada NIVEA di Shopee dan Lazada tau. Alang-alang tu dapatlah sekali tebus cawan 3D yang comel ni nanti.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan tawaran daripada NIVEA, layari laman web rasmi NIVEA atau ikuti media sosial mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.
*Tertakluk pada terma dan syarat. Tempoh promosi berbeza mengikut peruncit. Setiap reka bentuk cawan diagihkan secara rawak dan sementara stok masih ada.