Written by AbangNara | May 3rd, 2013

Ini satu perubahan yang sangat bagus buat Johan As’ari dan juga industri hiburan tanah air Malaysia. Pastinya bukan senang untuk membuat keputusan sebegini. Namun Abang Nara memuji tindakan yang diambil oleh Johan As’ari selepas dia pulang daripada menunaikan umrah.
johanBerkata kepada Berita Harian hari ini, Johan As’ari mengakui yang dirinya juga manusia yang tidak lepas daripada kesilapan. Kata Johan:-

Niat untuk berubah timbul sekembalinya dari Tanah Suci. Tiada siapa memaksa, tetapi keinginan ini terbit atas kesedaran sendiri. Selama ini saya terlalu leka sehingga melanggar perkara yang tidak boleh dilakukan.

Kalau boleh, saya mahu mengelak daripada adegan yang memerlukan saya bersentuhan. Saya tahu, pasti ia akan menyukarkan produksi, terutama jika sentuhan itu membabitkan watak ibu dan anak. Lihatlah bagaimana nanti, namun saya berharap apa yang saya niatkan ini dapat ditunai dengan sempurna.

Bukan apa, saya juga manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Mungkin hari ini saya kata tidak mahu lagi bersentuhan, tetapi esok lusa saya sendiri melanggar janji. Jadi, saya berharap peminat dapat memaafkan andai perkara itu terjadi.

johanBagi Abang Nara, yang penting niat untuk berubah itu sudah ada di dalam diri Johan. Perlahan-lahan cuba merealisasikan apa yang mahu dibuat. Semoga akan lebih ramai artis lelaki terutamanya yang mengambil tindakan serupa seperti Johan.
ronasutraP.S: KLIK SINI untuk mengetahui rahsia kejelitaan Vanida Imran.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

52 responses to Kembali Dari Umrah, Johan As’ari Tolak Babak Sentuh Wanita

  1. nina says:

    alhamdulillah.semoga istiqamah

    0

    0
    • Miko says:

      bagusla..jgn jadi cam Adi Putra dan Nora Danish….gesel sane sini.

      0

      0
      • Anonymous says:

        hahahah, setelah puas nabila huda ko usap dari ujung rambut sampai ujung kaki, baru la ‘terbit’ keinsafan dalam jiwa ko, kan botak? Alhamdulillah..at last.

        0

        0
      • Tolak UMNGOK says:

        PTPN akan bubar pada 07-05-2013…
        Ya, aku tak akan pangkah UMNO lagi….
        Hahahhahaahahhahaahaha…..

        0

        0
        • Anonymous says:

          Kalo x nak ptptn jgn pnjam. Ptptn mmg jdkan biasiswa utk yg dpt 1st class. So, kalo x nak sgt baya hutang tur, bljr r rajin2! Aper masalahnyer? Lg 1, nie ruangan gossip. Agak2 nak lari topic, g r blog lain

          0

          0
        • asd says:

          Aku na refund duit ptptn aku…mana aci aku dah habis bayar….

          0

          0
        • pz says:

          jgn risau.. bn menang lagi!

          0

          0
    • Lembu Gemok says:

      bagus johan…niat tu yang penting..perkara baik buat jer..takper…kalau ada niat nak buat baik, Allah sentiasa dgn ko..in sha Allah…agar ko tak lalai…bagus2…keinsafan dan penyesalan dan pengakuan utk tidak mahu buat lagi adalah satu perkara yang sangat2 dialu2kan dalam kehidupan..syabas…errr..bunyi macam syabas air lak…TAhnIAH!!!

      0

      0
    • Olga says:

      AKU BENCI TGOK JOHAN NI MCM OVER JE LAW BERGAMBAR MCM HNSEM SGT MELUAT AKU TGOK

      0

      0
      • Anonymous says:

        ape aku rase mcm die x reti senyum.. tu jer.. mane ade hover..

        0

        0
      • Johan says:

        Olga kau benci aku sbb aku tak hensem ke? sampai hati kau..

        #kok ye pon ko frust denganNormanKru, takkkan sume retis laki kau benci :(

        0

        0
      • Anonymous says:

        hensem je johan tu . olga ni jeles ke ?

        0

        0
    • Olga says:

      NI APASAL KAITKAN AKU NGN NORMAN NI NANTI XPASAL PASAL WRTAWAN CARI AKU NK DPTKN GOSIP AKU NGN NORMAN YG KORANG CIPTAKAN NI

      0

      0
    • Anonymous says:

      Tahniah… semoga dipermudahkan dan KEKAL dengan prinsip ini hingga ke akhir.

      0

      0
    • ErraFaziraCantik says:

      bagus niat anda ni Johan.. tp seperti yg anda katakan, sekiranya selepas ini masih terjadi adegan sentuh menyentuh, semoga PEMINAT dapat maafkan? itu kurang tepat sebenarnya Johan, bkn peminat yg perlu memaafkan ana, tetapi ALLAH s.w.t yg akan menimbal semula.. semoga tidak berlaku seperti yang tidak diingini.. Amin..

      0

      0
    • Yatie says:

      bagus alhamdulillah…kekalkan… jgn sua muka dgn nabila huda lg udah…sapa ja scandal dgn si bdk tu kompom hancur dgn gosip liar lg murahan..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Alhamdulillah.

    Rezeki tu Allah yg tentukan bukan pihak produksi.

    *Kenapa aku perasan artis muda je yg banyak berubah ke arah kebaikan pastu artis kertu pulak sebaliknya??? Ish ish ish… Harap2 artis2 kertu dpt berubah ke arah kebaikan jugak one day….

    0

    0
    • Glamer Gilerrr says:

      Anon…. itu semua tandanya kiamat dh dekat….

      0

      0
    • . says:

      btl la anon 3.05…tengok cam azwan ali tu..makin menjadi2 plk…kalau d tegur nti melenting plk…retis y lain pn ada gak..umo dh senja..tpi melalak n masih rock lagi…x sado2 lagi…kesian…..

      0

      0
    • kz says:

      siapakah artis kertu yang dimaksudkan??

      0

      0
  3. ola oli says:

    Alhamdulillah..gO jOHAN gOoooooooo…

    che ta, tok nita, kak jiana, kak erra n the kertus geng, uols bile lagik nk berubah.. :p

    0

    0
  4. waty says:

    “Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas.” #sabda Rasulullah.

    0

    0
  5. Betik says:

    Alhamdulillah..

    Johan ni dulu kan pelajar sek pondok..

    pastuh masa fear factor adegan ular tu siap baca surah al baqarah

    harap2 Johan istiqamah.

    0

    0
  6. miss s says:

    semoga menjadi insan yg terbaek dr semalam..

    0

    0
  7. hoi says:

    dalam byk2 artis yang berlakon scene mengaji al-Quran, johan ni je yang baca dgn tajwid yang betul.sejak tu aku respect die.yang lain lintang pukang baca.

    0

    0
  8. anak pAk Din says:

    gd luck bro….

    0

    0
  9. jlo says:

    sib baik johan tak couple ngan nabila.. kalau tak hancusss Johan..

    0

    0
    • hoi says:

      tu ah.aku pun bersyukur gila dia tak dgn nabila.merepek je nabila tu.tak hipokrit konon.alasan nak pakai seksi je tu.nyampah aku.

      0

      0
  10. Lagubestbest says:

    Thanks sebab mengingatkan saya juga pasal hal sentuh2 ni. Marilah kita bersama sama mengelak dari dibakar di kemudian hari :) Semoga sukses kita menuju kejayaan hakiki.

    0

    0
  11. Prince Noob says:

    MASANYA TELAH TIBA!!!

    “INI KALI LAH!” atau “LAIN KALI LAH!”, mana satu yang anda pilih???

    Buat pilihan cepat di sini.

    0

    0
  12. lulu says:

    harap2 kakak johan pun akan berubah ke arah kebaikan..amiin

    0

    0
  13. syu says:

    alhamdulilah…
    banyak2 istiqamah…:) insyaallah:)

    0

    0
  14. ................. says:

    bagus la kalau cam tu Johan…kami semua ttp akan sokong awak…berubah la secara perlahan2…

    0

    0
  15. nurul says:

    alhamdulillah…manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan….tapi bersyukurlah…pintu hati kita terbuka utk kembali pada Allah SWT yang satu

    0

    0
  16. bedah tong gas says:

    Bedah rase la Johan ni dpt hidayah sebelum pegi Mekah lagi.. lebih tepat lagi lepas dia mintak putus dgn @abil [email protected] huda.. Tgk cara hidup nabila huda pasti buat org penin..

    p/s Melting pulak tgk Johan Ashaari lps dah berubah ni..

    0

    0
  17. minah jambu tukar kaler merah biru says:

    kalau dh macm gini dia tknk bersentuhan ngan pompan kalau berlakon tu makne Nye si johan ni dia dh ada mateair laaaaaaaaaaa bab tu dia dh tknk bersentuhan ngan pompan lagi pahammmmmmmmmm ! mungkin dia dh berjanji ngan mateair dia dlm ape jua drama dia tidak akan bersentuhan atau mungkin dia dh bersumpah di depan kaabah yg dia tidak akan berlakon bersentuhan dengan pompan lagi …..mungkin jugak eh…mari kite pikirkn bersama

    0

    0
  18. Akak... says:

    ‘Bukan apa saya juga manusia biasa yang melakukan kesilapan.mungkin hari ni saya berjanji dan akhirnya saya akan melakukannya.jika perkara ini terjadi,saya harap peminat saya dapat maafkan saya’

    Akak sangat gembira johan ingin berubah,tapi akak rasa kalu melakukan kesilapan selepas ini minta maaflah dengan Allah bukan dengan peminat…

    0

    0
    • mak c kina says:

      aku rse apa yg dia mksd kan klu terjadinye kejadian seperti itu,dia mintak peminat memberi dia peluang agr dia blh memperbaiki kesilapan dia di mse akn dtg…jgn terus menghukum dia…dah tentu la dia akn minta ampun dgn tuhan…xkan dia nk bgtau sume org yg dia dah mintak ampun dgn Allah…g pn kte bkn tau Allah ampunkan dosa kte ke x…kte sebagai peminat seni,doakan dia berjaya dgn misi dia n berharap dia dpt memimpin artis2 lain kejalan yg diredhai…

      0

      0
  19. FF Fan says:

    Alhamdulillah :)

    0

    0
  20. Dolton Bibiana Layola Al-Muslem says:

    lakonan tak best mana pon baik cari kejer lain jer johan oiii takyah jadi retis camtu kalu nak berlakon kene ikut skrip betul2 aper yg pengarah nak ceritakan baru menjadi lakonan awak, kalu seme dah tak bole baik takyah berlakon

    0

    0
  21. degekozen caliph says:

    Semoga sentiasa terpelihara agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat dan batasan sebagai seorang Muslim. Setiap perbuatan bermula dengan niat dan haruslah disertai dengan usaha yang istiqamah.

    0

    0
  22. dudu says:

    Jangan berlakon trus la lebih baik. cari kerja lain.

    0

    0
  23. kek cokelata kesukaan aku says:

    Alhamdulillah johan. Bagus sebab hang pun dulu sekolah pondok jadi hang tau kan mana halal, haram…. go go johan

    0

    0
  24. sara says:

    Alhamdulillah. semoga Allah tidak membolak balikkan hati kita ke arah keburukan. kita sebagai Allah yang lemah haruslah sentiasa bermuhasabah diri agar sentiasa berada di jalan yang benar dan diredhai Allah.

    0

    0
  25. kebab ayam says:

    ckp saja x guna..kata itu kota. ;)

    0

    0