Walaupun bukan perkara luar biasa, Britney Spears sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik gambar bogel di media sosial. Kali ini, penyanyi terkenal itu menampilkan aksi bogel yang menonjolkan bahagian belakang tubuhnya.
Spears, yang hanya mengenakan boots, menunjukkan punggungnya yang dihiasi dengan bunga ros di depan lebih 41 juta pengikut di media sosial.
Walaupun dikecam oleh segelintir pihak, Spears memilih untuk menutup ruangan komen bagi mengelakkan perdebatan antara pengguna media sosial. Tindakan berani ini bukan kali pertama Spears berkongsi gambar bogelnya, yang sering mencetuskan kontroversi dan kebimbangan dalam kalangan peminat.
Pada usia 43 tahun, penyanyi Toxic ini baru-baru ini juga menimbulkan kekhawatiran apabila memuat naik video menyanyikan lagu Unfaithful milik Rihanna, sambil menunjukkan keadaan rumahnya yang kelihatan bersepah.