Kembali Bergelar Isteri, Aktres Vanidah Imran Pilih Jurutera Jadi Suami

Hiburan

Kembali Bergelar Isteri, Aktres Vanidah Imran Pilih Jurutera Jadi Suami

Aktres jelit, Vanidah Imran dilaporkan telah selamat bergelar isteri kali kedua bersama dengan jejaka pilihan, Arifabillah Idris yang juga merupakan seorang jurutera.

Majlis pernikahan itu menyaksikan Arifabillah bergelar suami kepada pelakon itu hanya dengan sekali lafaz kira-kira jam pukul 12.12 tengah hari, Khamis.

Advertisement

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, iaitu Johan Imran bertempat di sebuah premis di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Vanidah ImranSumber : mStar Online  

Kedua pasangan sejoli ini berbalas dua dulang hantaran namun jumlah wang hantaran tidak didedahkan. Manakala majlis dihadiri 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat Vanidah dan suami.

Cantik mengenakan busana perkahwinan daripada Rizman Ruzaini, Vanidah yang ditemui media berkata perjalanannya mendirikan rumah tangga kali kedua tidak mudah namun mendapat restu daripada ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan selain ia dipermudahkan oleh Allah.

Ujarnya lagi, dia lebih memilih untuk mengunci mulut mengenai hubungannya bersama suami sebelum ini dan memaklumkan ia hanya diketahui oleh kedua anaknya, kawan rapat dan juga keluarga.

Maklum Vanidah lagi, suaminya merupakan seorang duda kepada empat cahaya mata dan berharap perkahwinannya kali ini akan berkekalan sampai syurga memandangkan keduanya sudah mempunyai pengalaman hidup berumah tangga.

“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan.” katanya.

Terdahulu, Vanidah yang kini bertugas sebagai seorang pensyarah di Kolej Seni Kreatif, UiTM itu pernah berkahwin dengan pelakon Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 namun hubungan tersebut berakhir dengan penceraian setelah 17 tahun menyulam kasih.

Kedua-duanya bercerai pada 9 Ogos 2018 yang lalu dan hasil perkahwinan, Rashidi dan Vanidah dikurniakan dua orang anak iaitu Mikail Aimran dan Maryam Rashika.

Syamsul Yusof dah penat
2 years ago

"Saya Reda.." - Syamsul Yusof Akui Dah Letih Dan Penat Dengan Apa Yang Berlaku

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...