Pasangan yang cukup serasi di layar televisyen, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly dikhabarkan kembali sekali lagi bergandingan bersama dalam sebuah drama terbaru berjudul Takbir Semalam yang akan bersiaran tidak lama lagi.
Gandingan antara mereka berdua sebelum ini sememangnya disebut-sebut peminat setelah membintangi drama popular 7 Hari Mencintaiku sehingga ada peminat mendoakan Wan Sharmila dan Syazwan bercinta di dunia sebenar, bukan sekadar dalam lakonan.
View this post on Instagram
Terbaru, Wan Sharmila yang mesra disapa sebagai Lala ada berkongsikan sedikit ‘teaser’ di mana dia sekali lagi digandingkan dengan Syazwan menerusi sebuah hantaran foto di Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, foto memaparkan dirinya dan Syazwan Zulkifly serta pelakon hebat lain seperti Fauziah Nawi, Syafie Naswip dan dua orang pelakon kanak-kanak sedondon berpakaian warna merah.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat teruja menantikan telemovie tersebut malah ada yang mengusik dengan mengatakan wajah mereka seakan seiras.
View this post on Instagram
“Senyum macam ada iras moga jodoh milik Lala dan Syazwan ye..Amiin..” tulis seorang pengguna media sosial.
Terdahulu, Wan Sharmila pernah menyangkal dakwaan bahawa dia kini sedang menjalin cinta bersama Syazwan Zulkifly dan hanya menganggap pelakon itu sebagai sahabat baiknya.