Selepas beberapa hari dibebaskan daripada tahanan reman berikutan dakwaan jenayah seksual, kini pendakwah muda Da’i Syed dilihat kembali aktif di laman Instagram.
Hal ini demikian kerana kerana, meninjau di Insta Storynya, Syed tampil berkongsi beberapa nukilan seakan menggambarkan isi hatinya sepanjang ditahan pihak berkuasa tempoh hari.
Bahkan, penyanyi Ryan Deedat yang juga temannya juga tidak ketinggalan memuat naik video sedang menjamu selera bersama pendakwah tersebut di laman TikTok.
@ryandeedat special guest for you guys #daisyed #tiktok #foryoupage @daisyed
Menerusi perkongsian itu, jelas kelihatan wajah ceria Syed yang sempat mengalunkan sedikit lagu berbahasa Arab buat para pengikut yang merinduinya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tidak segan menzahirkan perasaan rindu buat jejaka tersebut. Malah, mereka juga berharap agar Syed terus tabah menghadapi segala ujian dan cabaran yang melanda dirinya.
Sumber: Oh My Media

psi
December 24, 2020 at 8:45 am
lelaki kalau buat salah, ramai je back up ek.nak2 pompuan2 ni…kalau pompuan buat salah, cepat dimaki hamunnya…dai ke..PU ke..ade je salah dik.bukan maksum…
Anonymous
December 23, 2020 at 9:07 pm
PEROGOL BER EPISOD…..