Pelakon yang kini bergelar Datin Paduka, Eina Azman berkata dia kini sudah bersedia untuk kembali aktif dalam dunia seni namun masih mengamalkan langkah berjaga-jaga dek kerana wabak COVID-19 yang masih melanda negara saat ini.
Meskipun begitu, Eina mengakui dia mengambil masa yang agak lama sebelum membuat keputusan untuk kembali aktif dan akhirnya menyertai program The Masked Singer pada awal Ogos yang lalu.
Menurutnya lagi, sejak Perlaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) Mac lalu, dia hanya berehat dan melayani suami dan anak-anak di rumah.
Tambah Eina, suaminya turut menghalang dia keluar daripada rumah terlalu kerap kerana masih mempunyai anak-anak kecil dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi pandemik global itu.
View this post on Instagram
Namun begitu, setelah dia menerima tawaran The Masked Singer dan diberitahu dengan lebih awal mengenai prosedur yang telah ditetapkan sepanjang ianya bersiaran, Eina Azman memperoleh keyakinan untuk kembali aktif dalam dunia seni.
“Saya terima tawaran The Masked Singer itupun kerana telah diberitahu lebih awal yang saya akan duduk dalam bilik sendiri dan tidak berjumpa dengan ramai orang, jadi ia membuatkan saya rasa lebih selamat.”
Mengakui dirinya masih takut, namun apa yang boleh dilakukannya kini hanyalah mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
View this post on Instagram
“Amalkan kebersihan tangan, jangan bersalam dengan orang dan amalkan penjarakan fizikal, saya rasa semua orang pun faham jika kita tidak berjabat tangan di waktu sukar sebegini.”
Perkembangan terkini, Eina Azman difahamkan bakal muncul dalam sebuah drama berjudul The Maid yang akan bersiaran di saluran Astro Ria tidak lama lagi. Drama itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Norman Hakim, Sherry Alhadad, Mira Filzah serta Ezzaty Abdullah.