Pelakon dan pendakwah selebriti sensasi, Da’i Syed meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk kembali aktif dalam dunia seni oleh penerbitan filem Dajal : Satu Malam Di Pedajal.
Kata Syed, peluang itu tidak disangka-sangka hadir setelah dia tidak sebarang pekerjaan dalam dunia hiburan sejak sekian lama berhubung kes mahkamah sebelum ini.
Alhamdulillah, filem ini adalah pembuka rezeki buat saya bagi tahun ini. Sejujurnya saya tiada tawaran kerja sebelum ini. Mungkin ini juga rezeki anak dan isteri. Saya hanya menumpang rezeki mereka.
Menganggap apa yang terjadi sebelum ini sebagai dugaan hidup, Syed reda dengan apa yang berlaku dan terus fokus dalam perniagaan yang diusahakannya bersama isteri, personaliti TV Hana Ismail.
Biarpun tidak ada tawaran dalam bidang seni, saya masih ada perniagaan iaitu menjual batu permata daripada Mesir. Saya dan isteri aktif buat bisnes.
Saya anggap ini sebagai sebahagian daripada rezeki. Bagaimanapun, saya masih terbuka menerima rezeki dalam bidang seni.
Syed dalam pada itu turut menafikan dia ‘digam’ ramai penerbit dan pengarah berikutan kes mahkamah yang masih berjalan ketika ini.
Kalau orang takut, takkan MIG nak ambil saya. Saya pun tidak pasti. Kena tanya kepada pengarah atau produser. Apa pun, saya akan sentiasa bersikap profesional.
Apa sahaja tawaran yang diberikan, saya pasti akan buat yang terbaik.
Sekadar info, Syed dijatuhi penjara hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Dia kini dibebaskan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi setelah meringkuk di penjara selama 21 hari.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.