Kematian Kucing Jalanan Bernama Bob Diratapi Peminat Di Seluruh Dunia

Trending

Kematian Kucing Jalanan Bernama Bob Diratapi Peminat Di Seluruh Dunia

Kucing kesayangan yang memberikan ilham kepada buku popular, A Street Cat Named Bob telah meninggal dunia pada usia 14 tahun. James Bowen, pemiliknya pertama kali bertemu Bob pada tahun 2007 semasa bertarung dengan masalah ketagihan dadah. Ketika itu dia mendapati kucing itu terbiar serta cedera dan memutuskan untuk menjaganya.

Bowen kemudian menulis satu siri buku mengenai hubungan mereka, termasuk A Street Cat Named Bob yang menjadi hit di seluruh dunia dan dijadikan filem pada tahun 2016. Di dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi, penulis mengatakan Bob yang meninggal pada hari Isnin lalu telah menyelamatkan nyawanya.

Advertisement

Bowen memberitahu Bob mengajarnya lebih daripada erti persahabatan. Walaupun hanya lah seekor kucing, Bob membantunya menemui arah dan tujuan hidupnya yang hilang pada satu ketika dahulu. Malah, kejayaan yang mereka berjaya capai bersama-sama juga adalah sesuatu yang ajaib.

A Street Cat Named Bob: And How He Saved My Life diterbitkan pada tahun 2012 dan sejak itu terdapat lima lagi buku yang dikeluarkan dalam lebih dari empat puluh bahasa yang berbeza. Filem kedua, A Gift from Bob yang juga menampilkan kucing tersebut akan ditayangkan akhir tahun ini.

bob kucing jalanan

Sejak pertama kali mengambil Bob, pasangan itu dengan segeranya tidak dapat dipisahkan apabila dia sering membawa kucing tersebut ketika dia bermain muzik jalanan dan menjual buku The Big Issue di jalan-jalan di London.

Kematian Bob turut diratapi oleh peminat di seluruh dunia apabila namanya muncul sebagai trending nombor satu di laman Twitter selepas berita kematiannya diumumkan. Rata-rata peminat memberikan salam takziah di atas kehilangan kucing yang cukup bermakna dalam hidup Bowen itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...