Kematian COVID-19 Kini 10 Kali Ganda Lebih Banyak Berbanding H1N1

COVID-19

Kematian COVID-19 Kini 10 Kali Ganda Lebih Banyak Berbanding H1N1

Jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini telah pun hampir bulan ke 4. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menemukan vaksin untuk melawan virus tersebut. Namun, sehingga kini masih tiada lagi sebarang khabar berita mengenai penemuan tersebut.

Baca: Malaysia Sertai WHO Dalam “Kaji Selidik Solidariti” Bagi Mencari Ubat Rawatan COVID-19

Advertisement

Terkini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan bahawa kematian akibat COVID-19 adalah 10 kali ganda lebih banyak berbanding kematian yang berpunca daripada wabak H1N1 yang pernah menyerang dunia sebelum ini.

COVID-19 lebih menakutkan berbanding H1N1

Gambar Hiasan

Untuk pengetahuan anda, penularan wabak H1N1 terjadi bermula pada awal tahun 2009 dan berakhir pada Ogos tahun 2010 di dua buah negara iaitu Mexico dan Amerika Syarikat. Pada masa itu, dunia telah mencatatkan sebanyak 18,500 kematian.

Namun menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, COVID-19 setakat ini telah menyebabkan 119,699 kematian malah sebanyak 1.9 juta penduduk di seluruh dunia telah pun dijangkiti.

Selain itu, jurnal perubatan antarabangsa, Lancet menganggarkan bahawa statistik kematian akibat virus ini dijangka akan terus meningkat sehingga 575,400 orang dan jumlah ini tidak termasuk dengan jumlah penduduk di Afrika dan Asia Tenggara.

Oleh itu, vaksin untuk melawan COVID-19 amat diperlukan untuk menghalang penularan virus tersebut daripada terus berlaku memandangkan virus ini sangat mudah merebak berbanding H1N1.

Terdapat 70 vaksin COVID-19 yang telah dibangunkan oleh berbagai institusi dari pelbagai negara, tiga daripadanya telah pun diuji pada manusia.

Vaksin COVID-19 dijangka akan dapat digunakan sekurang-kurangnya 12 hingga 18 bulan lagi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...