Kematian Akibat Hantavirus Cetuskan Panik Di China Selepas Coronavirus

COVID-19

Kematian Akibat Hantavirus Cetuskan Panik Di China Selepas Coronavirus

Semua sedia maklum wabak COVID-19 atau coronavirus bermula daripada negara China pada Disember tahun lalu. Penularan wabak ini dipercayai bermula dari sebuah pasar yang menjual haiwan eksotik di Wuhan yang seterusnya menyebabkan penyebaran yang pantas ke seluruh dunia.

Baca: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

Advertisement

Selepas beberapa bulan, China kini merekodkan kes jangkitan yang semakin rendah dan keadaan dilihat semakin pulih dari wabak itu. Tetapi baru-baru ini, kematian seorang lelaki berpunca dari penyakit berjangkit kembali mencetuskan panik dalam kalangan penduduk China.

Mangsa merupakan seorang lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia kerana hantavirus yang juga merupakan penyakit berjangkit.

tikus

Pada tahun 1993, kes pertama hantavirus dilaporkan di Amerika Syarikat di mana ia dipindahkan daripada tikus kepada manusia. Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS memberitahu pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui.

Tetapi di Argentina pada 1996, wujud pandangan bahawa ‘hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia’. Tidak seperti COVID-19 yang mempunyai simptom batuk, demam dan kesukaran untuk bernafas, jangkitan hantavirus ini mengakibatkan kelesuan, sakit otot serta sakit kepala.

Artikel berkaitan: Pakar China Ramalkan Coronavirus Mungkin Berlegar Di Seluruh Dunia Selama Dua Tahun

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...