Kemasukan Dua Wanita Ke Dalam Negara Tanpa Diuji Menyebabkan New Zealand Menerima Kes Terbaru COVID-19

Trending

Kemasukan Dua Wanita Ke Dalam Negara Tanpa Diuji Menyebabkan New Zealand Menerima Kes Terbaru COVID-19

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, menganggap ianya sebagai “kegagalan yang tidak dapat diterima” dengan kemasukan dua pendatang dari Britain yang merekodkan kes terbaru COVID-19 di negara itu. New Zealand sebelum ini telah mengisytiharkan bebas daripada wabak tersebut.

Kerajaan New Zealand masih mencari jawapan mengapa dua wanita tersebut tidak diuji sebelum dibenarkan meninggalkan hotel Auckland setelah mereka tiba dari UK pada 7 Jun lalu. Kedua-dua wanita itu telah mendapat ‘pengecualian belas kasihan’ daripada kuarantin selama 14 hari untuk pulang mengunjungi saudara mereka yang meninggal dunia sejauh 650km di Wellington.

Advertisement

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak patut berulang lagi.”

new zealand

Perdana Menteri itu memberitahu kini pasukan pertahanan akan mengawasi kuarantin kedatangan baru dan mengaudit proses kuarantin. Ardern juga mengatakan bahawa dia akan menghapuskan sementara ‘pengecualian belas kasihan’ di mana pasangan itu dibebaskan dari kuarantin lebih awal.

Pegawai kesihatan kini mencari 320 orang yang dianggap sebagai “kontak rapat” wanita tersebut di mana mereka akan diminta untuk diuji. Kontak rapat ini termasuklah penumpang dalam penerbangan mereka ke New Zealand dan pelancong kuarantin lain di hotel Auckland, serta kakitangan hotel dan kru penerbangan.

Ardern menganggap ianya adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila kedua wanita itu tidak diuji.

Hanya rakyat New Zealand, keluarga mereka dan petugas penting saat ini yang dibenarkan masuk ke negara ini yang tidak memiliki batasan domestik lain. Namun, kemasukan mereka ini masih lagi perlu melalui kuarantin 14 hari dan mereka harus diuji dua kali untuk virus tersebut.

new zealand

Pemerintah New Zealand sebelum ini telah menghadapi keluhan masyarkakat bahawa sangat mustahil untuk tidak membenarkan rakyatnya mengunjungi saudara-mara yang meninggal dunia. Kini, dasar ‘pengecualian belas kasihan’ ini nampaknya tidak sepatutnya diberikan walaupun atas alasan kematian saudara.

“Ini menunjukkan kegagalan sistem yang tidak dapat diterima,” katanya. “Kami tidak memerlukan satu tetapi dua ujian untuk dilakukan di kemudahan itu tetapi malangnya mereka gagal untuk mematuhi arahan tersebut,” Ardern menambah bahawa orang yang dijangkiti tidak boleh dibenarkan keluar sama sekali.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...