Penampilan penyanyi Hael Husaini dilihat semakin berubah dan dia kini membawa imej ala Kpop termasuklah perubahan pada wajahnya.
Bagaimanapun, pelantun lagu Jampi itu sebelum ini pernah menafikan dakwaan bahawa dia membuat pembedahan muka di Korea.
Mesti semua pun boleh perasan perbezaan muka Hael dulu dan kini, malah sekarang pun dah semakin mulus, putih dan ala-ala Oppa.
Penampilan Hael ketika hadir ke TikTok Awards 2023 malam tadi turut mencuri tumpuan warganet apabila dia dikatakan hampir tidak dikenali.
Menerusi video di Instagram, penyanyi yang juga komposer itu dilihat hadir menggayakan outfit yang simple namun gaya rambutnya sedikit berbeza daripada stail Hael Husaini yang biasa.
Ramai pengguna media sosial menegur tentang gayanya itu dan rata-ratanya akui Hael nampak sangat berbeza berbanding dirinya yang sebelum ini.
Beberapa individu menyuarakan pendapat bahawa penampilan Hael yang dahulu lebih sesuai jika nak dibandingkan dengan rupa serta gaya berfesyen penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu sekarang.
Bukan itu sahaja, ada yang berkata Hael seperti terlalu try hard untuk kelihatan seperti orang Korea dan sesetengah daripada mereka menyifatkan wajah ‘baru’ penyanyi tersebut sudah seperti Michael Jackson.
Nampak try hard sangat la.