Kemarau 24 Tahun Berakhir, Akhirnya Emas Milik Malaysia

Trending

Kemarau 24 Tahun Berakhir, Akhirnya Emas Milik Malaysia

Penantian selama 24 tahun pasukan regu takraw negara berakhir selepas kemenangan pada acara akhir menentang pasukan Indonesia di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 hari ini.

Sumber: Awani

Kali terakhir skuad sepak takraw negara memenangi pingat emas bagi acara regu adalah pada tahun 1994 semasa Sukan Asia di Hiroshima, Jepun.

Advertisement

Permainan bermula agak lesu dan Malaysia terus berada dibelakang apabila ketinggalan 11-15. Namun keajaiban berlaku selepas itu apabila mereka bangun untuk kembali memberi tentangan hingga berjaya mengungguli set kedua dengan mata 22-20.

Sumber: Kosmo

Walaupun berdepan sorakan ribuan penyokong tuan rumah yang membanjiri Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, skuad negara ternyata mampu menguasai emosi untuk mempamerkan aksi bertenaga.

Skuad Negara yang dikendalikan oleh jurulatih Abdul Talib Ahmad akhirnya semakin bangkit di set ke tiga dan menamatkan perlawanan dengan 21-11 sekaligus memenangi pingat emas.

Sumber: Free Malaysia Today

Kemenangan ini sedikit sebanyak mengubati rasa sedih atas kekalahan skuad regu berpasukan yang kalah kepada pasukan Thailand rabu lalu. Kejayaan trio sepak takraw bermakna kontinjen negara menambah 1 lagi pingat emas menjadikan 4 emas setakat ini dan perlu memburu 3 lagi untuk mencukupkan 7 pingat emas yang menjadi sasaran kontinjen negara pada Sukan Asia ke-18.

Mengimbau kembali kemenangan pada tahun 1994, skuad Negara menampilkan trio hebat, Ahmad Jais Baharun, Iskandar Arshad dan Abdul Malik Samsudin. Mereka ini menamatkan keegoan gergasi takraw Asia, Thailand.

Kali pertama Malaysia memenangi pingat emas untuk acara itu ialah pada Sukan Asia 1990 di Beijing, China.

Sumber: Awani dan Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...