Penantian selama 24 tahun pasukan regu takraw negara berakhir selepas kemenangan pada acara akhir menentang pasukan Indonesia di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 hari ini.

Sumber: Awani
Kali terakhir skuad sepak takraw negara memenangi pingat emas bagi acara regu adalah pada tahun 1994 semasa Sukan Asia di Hiroshima, Jepun.
Permainan bermula agak lesu dan Malaysia terus berada dibelakang apabila ketinggalan 11-15. Namun keajaiban berlaku selepas itu apabila mereka bangun untuk kembali memberi tentangan hingga berjaya mengungguli set kedua dengan mata 22-20.

Sumber: Kosmo
Walaupun berdepan sorakan ribuan penyokong tuan rumah yang membanjiri Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, skuad negara ternyata mampu menguasai emosi untuk mempamerkan aksi bertenaga.
Skuad Negara yang dikendalikan oleh jurulatih Abdul Talib Ahmad akhirnya semakin bangkit di set ke tiga dan menamatkan perlawanan dengan 21-11 sekaligus memenangi pingat emas.

Sumber: Free Malaysia Today
Kemenangan ini sedikit sebanyak mengubati rasa sedih atas kekalahan skuad regu berpasukan yang kalah kepada pasukan Thailand rabu lalu. Kejayaan trio sepak takraw bermakna kontinjen negara menambah 1 lagi pingat emas menjadikan 4 emas setakat ini dan perlu memburu 3 lagi untuk mencukupkan 7 pingat emas yang menjadi sasaran kontinjen negara pada Sukan Asia ke-18.
Mengimbau kembali kemenangan pada tahun 1994, skuad Negara menampilkan trio hebat, Ahmad Jais Baharun, Iskandar Arshad dan Abdul Malik Samsudin. Mereka ini menamatkan keegoan gergasi takraw Asia, Thailand.
Kali pertama Malaysia memenangi pingat emas untuk acara itu ialah pada Sukan Asia 1990 di Beijing, China.
Sumber: Awani dan Kosmo