“Kemalangan Itu Tidak Dapat Diselamatkan Kerana” – Laporan Nahas Pesawat Di Elmina Sudah Dikeluarkan

Trending

“Kemalangan Itu Tidak Dapat Diselamatkan Kerana” – Laporan Nahas Pesawat Di Elmina Sudah Dikeluarkan

Seperti yang ramai nantikan, laporan awal nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam dan mengorbankan 10 individu pada 17 Ogos lalu, telah tersedia di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MoT).

Laporan tentang insiden membabitkan Beechcraft Premier 1 itu telah dijalankan oleh  Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) MoT dan dimuat naik pada jam 10 pagi tadi.

Advertisement

Ia mempunyai 26 muka surat yang mengandungi pelbagai aspek termasuklah fakta tentang pesawat dan tragedi itu, teknik penyiasat dan hasil siasatan.

nahas elmina

Pesawat itu didapati mempunyai sijil kelayakan udara yang sah dan diselenggara dengan baik mengikut peraturan selain mempunyai lesen dan layan untuk melakukan penerbangan.

Tiada bukti ketidakupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan. PIC dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa kemalangan tersebut tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan dan kebakaran selepas kemalangan berlaku.

pesawat

mangsa elmina

Al Fatihah untuk semua mangsa terkorban. Untuk baca laporan tersebut, boleh klik di sini.

elmina
1 year ago

[Tragedi Elmina] Hafiz Al-Quran, Jasad Ustaz Idris Masih Sempurna & Hanya Pakaian Terbakar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : MoT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...