Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang : Pemandu Toyota Vios Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Trending

Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang : Pemandu Toyota Vios Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Kes kemalangan di Jambatan Pulau Pinang di antara sebuah kereta  Toyota Vios dan SUV Mazda CX 5 merupakan nahas jalan raya yang paling menggemparkan sejak beberapa hari lalu.

Advertisement

Dalam perkembangan terkini kes itu, pemandu Toyota Vios yang menyebabkan SUV tersebut terbenam dalam laut telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Suspek berusia 21 tahun itu dibebaskan pada jam 6.45 petang semalam selepas selesai memberikan keterangan. Difahamkan, suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) untuk menyerah diri sebelum dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik oleh ahli keluarganya pada jam 2 pagi.

Terdahulu, seorang pelajar sebuah kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, maut selepas SUV yang dipandunya dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios sebelum terhumban ke laut dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.54 pagi Ahad lalu.

Suv itu berjaya dibawa naik dari dasar laut menggunakan kren kira-kira pukul 6.10 petang Selasa lalu. Mayat Yung Peng masih lagi berada di tempat duduk pemandu dan dalam keadaan sempurna meskipun sudah terperangkap di dalam kenderaan itu selama tiga hari.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...