Kemalangan Berpunca Dari Jalan Berlubang, Ini Cara Mudah Nak Buat Tuntutan

Kehidupan

Kemalangan Berpunca Dari Jalan Berlubang, Ini Cara Mudah Nak Buat Tuntutan

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya.

Pun begitu, kemalangan yang berpunca daripada lubang-lubang atau manhole di atas jalan raya juga merupakan perkara serius yang perlu diberi perhatian.

Jalan berlubang

Advertisement

Sebenarnya, korang boleh membuat tuntutan kepada pihak yang bertanggungjawab tau.

Perkara ini dikongsikan oleh Brotherhood Kuantan yang merupakan salah seorang sukarelawan yang sentiasa memastikan jalan raya di Malaysia terjaga terutama di Kuantan.

Ini antara 6 langkah yang korang perlu tahu :

1. Pergi balai polis (trafik) dan buat laporan, didalam laporan itu boleh dinyatakan seperti ini.

Salah satu tujuan laporan ini dibuat adalah untuk kemukakan tuntutan pada pihak yang bertanggungjawab 

2. Ambil gambar kecederaan pada tubuh badan andai kata ada kecederaan berlaku dalam keadaan telefon melintang.

3. Ambil gambar kerosakan pada kenderaan dalam keadaan telefon melintang.

4. Ambil gambar lubang, manhole atau apa apa yang sebabkan kerosakan pada kenderaan. Pastikan gambar diambil dalam keadaan telefon melintang juga.

5. Kepilkan SEMUA resit yang berkenaan. Contohnya, resit hospital, klinik, bengkel, towing, kereta sewa atau seangkatan dengannya.

6. Akhir sekali, hadir ke pejabat pemilik laluan dan buat tuntutan, pada fasa ini, hanya perlu ikut setiap T&C, sebelum isi borang yang diperlukan.

Bagi persoalan untuk menyemak siapa pemilik laluan, pemohon boleh buka google map atau waze, kebiasaannya jika laluan itu ada remark warna kuning, ia akan berada dibawah tanggengjawab JKR.

Manakala, jika laluan taman perumahan kebiasaannya tanggungjawab PBT iaitu MBK di Kuantan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua, sama-samalah kita pertahankan hak kita sebagai pengguna jalan raya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...