Kemalangan Berantai Libatkan 12 Kenderaan Di Lebuhraya BKE, Pulau Pinang

Berita

Kemalangan Berantai Libatkan 12 Kenderaan Di Lebuhraya BKE, Pulau Pinang

Satu kemalangan membabitkan 12 buah kenderaan termasuk beberapa buah motosikal telah berlaku di Lebuhraya Butterworth-Kulim Expressway (BKE) hala ke Seberang Jaya, berhampiran kawasan Penanti.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika waktu puncak, menyebabkan laluan terhalang dan kesesakan trafik sepanjang beberapa kilometer.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa kenderaan bertindan serta motosikal berselerak di atas jalan.

Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi daripada pihak polis atau bomba mengenai punca kejadian dan jumlah mangsa yang terlibat.

Namun, kemalangan besar itu dipercayai mungkin berlaku secara berangkai apabila kenderaan gagal membrek pada waktunya.

Difahamkan, pasukan kecemasan telah dikerahkan ke lokasi untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan mengawal aliran trafik.

Orang ramai yang menggunakan laluan tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Polis Cari Dua Penunggang Motosikal Terbabit Kemalangan di Karak
4 weeks ago

Polis Cari Dua Penunggang Motosikal Terbabit Kemalangan Di Karak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...