Menerusi akaun Twitter, Puteri Sarah Liyana telah menyelar seorang lelaki yang meninggalkan komen menghina terhadapnya dan rakan selebriti, Bella Astillah.
Berdasarkan hantaran berkenaan, aktres tersebut telah berkongsi tangkap layar komen lelaki bernama Afiq itu pada video yang dimuat naik oleh Sarah di Instagram.
Video itu memaparkan Sarah bersama Bella Astillah dan adik perempuannya, Didi Astillah sedang menari mengikut trend lagu raya ‘Alamak Raya Lagi’ nyanyian kumpulan DeFam.
“Geng secondhand ke?”
Lelaki bernama Afiq itu dilihat meninggalkan komen memerli Sarah dan Bella sebagai ‘secondhand’ yang membawa maksud sudah pernah bersuami.
Kata Sarah, dia memang menerima banyak komen negatif daripada ramai lelaki di Instagram namun menurutnya individu bernama Afiq itu seperti tidak serik serik.
Kemain kau komen hina aku dengan Bella. Kat sini pengecut pulak. Actually banyak je jantan sakit mental penuh kat komen IG tu. Tapi yang ni (Afiq) tak reti nak berhenti. Kenapa block aku?
Ni lah nama IG dia – smafiq. Kemain kau komen hina aku dengan @BellaAstillah . Kat sini pengecut pulak. Actually banyak je jantan sakit mental penuh kat komen IG tu. tapi yang ni do not know how to stop. @afiqazni kenapa block aku ? pic.twitter.com/2hPLEzWfvo
— Puteri Sarah Liyana (@sarahmegat) April 14, 2024
Memang bermasalah dan suka cari pasal
Perkongsian Sarah itu mendapat perhatian dan respon ramai warganet di mana rata-ratanya sudah mengenali Afiq yang terkenal dengan komen negatif terutamanya terhadap perempuan.
Ramai wanita berkongsi pengalaman mereka mendapat komen dan kata-kata tidak senonoh daripada Afiq yang dikatakan sudah lama berkelakuan sebegitu.
Ada yang mendakwa pernah menjadi mangsa body shaming atau face shaming daripadanya malah sesetengah warganet berkata dia memang tidak serik meskipun pernah dikecam teruk sebelum ini.
Dia ni berani online je, Setiap kali kena expose dia deactivate Twitter lepas tu bila dah reda sambung balik jadi cib*i.
Ambil tindakan
Semakan netizen mendapati Afiq tidak nyah aktif akaun sebaliknya hanya menukar ejaan namanya sahaja dan menggunakan mode privasi.
Sementara itu, sesetengah individu mencadangkan agar Sarah mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan supaya dia rasa balasan daripada komen komen jahat dilontarkannya.