Kem Pelarian Terbakar, Lebih 20,000 Penduduk Rohingya Larikan Diri

Trending

Kem Pelarian Terbakar, Lebih 20,000 Penduduk Rohingya Larikan Diri

Gempar di Dhaka apabila lima orang dipercayai terbunuh dan sekurang-kurangnya 20,000 lagi penduduk Rohingya melarikan diri selepas sejumlah pondok di kem pelarian etnik itu di tenggara Bangladesh terbakar.

Lebih mendukacitakan, ini merupakan kebakaran ketiga yang berlaku dalam tempoh empat hari di kem tersebut.

Advertisement

Dalam kebakaran itu, dilaporkan seramai tiga kanak-kanak dan dua wanita terkorban akibat kebakaran itu.

pelarian ronghinya

Hampir satu juta penduduk minoriti Muslim itu dari Myanmar kebanyakannya melarikan diri daripada operasi tentera bagi menentang kumpulan militan Rohingya di negara mereka pada tahun 2017 ke Bangladesh.

Para pelarian itu kemudian ditempatkan di daerah Cox’s Bazar, tenggara negara tersebut.

Beberapa pegawai berkata, kebakaran itu bermula di salah satu daripada 34 kem yang terletak dalam kawasan seluas kira-kira 3,237 hektar.

Api menjadi lebih marak dan merebak ke tiga buah lagi kem sehingga menyebabkan para pelarian melarikan diri dan membawa apa shaja barangan dari pondok-pondok yang menjadi tempat tinggal mereka.

Asap tebal dapat dilihat dari pondok-pondok itu menerusi video yang dikongsikan di media sosial ketika ratusan anggota bomba dan pekerja bantuan memadamkan kebakaran serta menyelamatkan pelarian ke tempat selamat.

“Ia merupakan kebakaran yang besar. Sekurang-kurangnya 20,000 orang melarikan diri,” kata seorang pentadbir Cox’s Bazar, Mamunur Rashid kepada AFP.

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, Gazi Salahuddin berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan pada tengah malam.

“Kami mendengar lima orang terbunuh akibat kebakaran tersebut dan mayat mereka berada di dalam kem tersebut,” katanya.

Beberapa pegawai memberitahu AFP, satu penilaian awal mendapati lebih 900 pondok yang menjadi tempat tinggal untuk 7,400 pelarian itu terbakar.

Seorang etnik Rohingya, Mohammad Yasin yang membantu anggota-anggota bomba memadamkan kebakaran berkata, kebakaran itu berlaku lebih 10 jam dan yang paling teruk sejak 2017.

Dalam pada itu, seorang anggota sukarela pertubuhan kanak-kanak, Tayeba Begum berkata, orang ramai menjerit dan berlari manakala kanak-kanak turut menangis serta berlari bertempiaran dalam kejadian itu.

Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. Namun persoalannya, kemanakah arah tuju mereka?

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...