Kelulusan Pinjaman Segera & Pelbagai Tawaran Hebat, Kini Pemilikan Hartanah Lebih Mudah!

Branded

Kelulusan Pinjaman Segera & Pelbagai Tawaran Hebat, Kini Pemilikan Hartanah Lebih Mudah!

Antara cabaran yang biasa dihadapi apabila ingin memiliki hartanah adalah proses kelulusan pinjaman bank yang sukar dan ketidaktentuan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang memberi kesan pada kadar faedah dan kos sara hidup tinggi. 

Disebabkan cabaran-cabaran ini, kebanyakan orang lebih rela menunggu peluang tawaran hartanah yang berbaloi untuk dimiliki. 

Sedar ataupun tidak, cabaran-cabaran ini menunjukkan bahawa pemilikan hartanah pada masa kini lebih sukar daripada apa yang dibayangkan terutama untuk golongan muda. 

Namun, anda yang sedang mencari hartanah tu, janganlah risau sebab kami ada berita menarik nak kongsi dengan anda tau! Paling penting, kami jamin confirm berbaloi!

Lebih Banyak Faedah Menarik, Sime Darby Property Pilihan Terbaik Untuk Pemilikan Hartanah Idaman Anda!

Siapa je yang tak kenal dengan pemaju hartanah terkemuka, Sime Darby Property betul tak? 

Memahami cabaran yang dihadapi seperti ketidaktentuan OPR dan proses kelulusan pinjaman bank yang sukar, Sime Darby Property memperkenalkan pelbagai tawaran dan faedah menarik menerusi kempen GREAT DEALS khas untuk anda yang ingin memiliki hartanah tau! Wow! 

Untuk pengetahuan, tujuan Sime Darby Property memberi faedah tambahan ini adalah untuk meringankan proses dan beban dalam memiliki hartanah bersama mereka. 

Antara faedah yang anda boleh nikmati daripada kempen ini adalah kelulusan segera dan Kadar Faedah Rendah! Haa, biar betul?! 

Sime Darby Property menawarkan Kadar Faedah Rendah, bermula daripada 3.9%,  untuk pembelian hartanah mereka. Hanya untuk perbankan terpilih saja tau! 

Bukan itu saja, anda juga berpeluang untuk mendapatkan kelulusan segera menerusi sistem tempahan dalam talian Sime Darby Property. Inisiatif ini adalah kolaborasi di antara pemaju hartanah itu dengan Maybank Home2u. Best tu!

Selain itu, sebelum membeli hartanah, mesti ada yang terlepas pandang tentang yuran atau bayaran lain seperti cukai duti setem dan yuran guaman bagi SPA, pinjaman dan MOT betul tak? Aduh, maksudnya kena sediakan bajet lagi besarlah kan?!

Sebab itulah Sime Darby Property menanggung bayaran untuk duti setem dan yuran guaman bagi SPA, pinjaman dan MOT tau! Perghh, macam ni barulah berbaloi nak beli rumah!

Lagi berbaloi kalau anda dapatkan hartanah daripada Sime Darby Property ni sebab mereka juga menawarkan pengecualian bayaran ansuran sehingga RM2,000 sebulan selama 2 bulan! Bestnya! 

Nak tahu apa yang lagi best? Kalau anda dapatkan hartanah daripada Sime Darby Property, anda yang bertuah akan berpeluang untuk memenangi emas 999.9 bernilai sehingga RM150,000 tau. Terbaiklah! 

Psst, tawaran dan faedah yang kami senaraikan ni adalah untuk hartanah yang terpilih saja. Tertakluk pada terma dan syarat.

Kalau anda nak tahu, tawaran dan faedah ini hanyalah salah satu daripada pelbagai strategi Sime Darby Property yang sedang merubah  daripada sebuah pemaju hartanah pure-play kepada sebuah syarikat hartanah menjelang 2025, dengan tumpuan untuk menjadi pemaju utama, pembina komuniti serta pengurus pelaburan dan aset. 

Menarik tak tawaran dan inisiatif daripada Sime Darby Property? Sebab tu lah diorang dapat anugerah Emas dan Perak di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2023 yang berlangsung di Amerika Syarikat! 

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan kesemua tawaran Sime Darby Property sekarang! Tempoh tawaran berlangsung sehingga 31 Disember 2023.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Sime Darby Property, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...