Keluarkan 232 Batang Gigi Dari Mulut Seorang Remaja, Rekod Dunia Yang Baru

Trending

Keluarkan 232 Batang Gigi Dari Mulut Seorang Remaja, Rekod Dunia Yang Baru

Pakar bedah di Mumbai mengeluarkan 232 batang gigi dari mulut seorang remaja dalam apa yang dipercayai sebagai satu rekod dunia, lapor agensi berita AFP.

Advertisement

Ashik Gavai, 17, berjumpa doktor selepas bengkak gusi kanannya. Dia dirujuk kepada Hospital JJ di Mumbai.

“Kami membedahnya pada Isnin dan ia mengambil masa hampir tujuh jam. Kami fikirkan ia hanya satu pembedahan yang mudah tetapi apabila dibedah, kami lihat ada banyak gigi kecil seperti mutiara dalam rahangnya,” kata Dr. Sunanda Dhivare-Palwankar seperti dipetik oleh AFP.

Doktor juga menemui satu struktur seperti batu marmar. Mereka pada mulanya berdepan kesukaran untuk mengeluarkannya dan terpaksa “menggergajikannya” dan mengeluarkannya sedikit demi sedikit, kata doktor itu.

Keluarga Ashik bimbang bengkak pada gusinya itu barah. “Saya bimbang itu barah, itu sebab saya bawa dia ke hospital xdi Mumbai,” kata bapanya, Suresh Gavai kepada Mumbai Mirror.

Menurut Dr. Dhivare-Palwankar kes yang dicatatkan sebelum ini ialah 37 batang gigi dikeluarkan dalam pembedahan seperti itu. Dia dan pasukannya mengira ada 232 batang gigi yang diambil daripada mulut Gavai.

“Saya rasa ini rekod dunia,” katanya.

Tulang rahang Gavai tidak diusik sepanjang pembedahan dan kata doktor dia akan pulih tanpa sebarang kecacatan. — AFP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...