Keluarga Zayn Rayyan Mohon Bantuan Rakyat, Kos Guaman Cecah RM200,000

Berita

Keluarga Zayn Rayyan Mohon Bantuan Rakyat, Kos Guaman Cecah RM200,000

Ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin sekali lagi tampil memohon bantuan orang ramai bagi menampung kos guaman yang semakin meningkat dalam perbicaraan kes yang kini berada di peringkat Mahkamah Tinggi.

Menerusi satu hantaran yang kini tular di media sosial, bapa arwah, Zaim Ikhwan bin Zahari bersama isterinya, Ismanira binti Abdul Manaf, merayu sumbangan kewangan daripada orang ramai bagi membantu mereka meneruskan usaha mendapatkan keadilan buat keluarga mereka.

Advertisement

Menurut kenyataan tersebut, keluarga berkenaan memaklumkan bahawa mereka telah membelanjakan kira-kira RM200,000 sejak kes ini mula dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Namun begitu, selepas kes tersebut beralih ke Mahkamah Tinggi, mereka memerlukan tambahan dana sekitar RM65,000 lagi bagi menampung kos perundangan yang disifatkan sangat tinggi dan di luar kemampuan mereka.

ibu bapa zayn rayyan

“Saya merayu orang ramai untuk membantu menghulurkan sumbangan demi mendapatkan keadilan buat seluruh keluarga kami termasuk arwah Zayn Rayyan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam masa sama, Zaim turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sudi membantu, tidak kira kecil atau besar sumbangan yang diberikan. Beliau juga memohon orang ramai agar terus mendoakan agar segala urusan perbicaraan mereka dipermudahkan serta diberikan keberkatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

KJ masuk umno
2026-03-16 15:41:46

"Khairy Jamaluddin Diterima Balik Sertai Parti UMNO" - Ahmad Zahid Hamidi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...