Keluarga Tular Tidur Dalam Kereta, Syukur Dapat Bantuan

Kehidupan

Keluarga Tular Tidur Dalam Kereta, Syukur Dapat Bantuan

Sebuah keluarga tular baru-baru ini di mana mereka terpaksa bermalam di dalam kereta kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Walaubagaimanapun, tiga beranak itu syukur apabila banyak pihak yang sudi memberi bantuan dan sumbangan untuk meringankan beban mereka.

Advertisement

Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad Shazwan Ismail yang berusia 29 tahun berkata dia sekeluarga mengambil keputusan untuk keluar dari rumah mereka yang terletak di Padang Serai, Kedah sejak 5 Julai lalu.

“Sejak itu kami terpaksa bermalam dalam kereta di sebuah stesen minyak dekat Bandar Laguna Merbok sehingga dibantu orang ramai”.

Shazwan juga berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin tentang nasib mereka, termasuk pemilik rumah sewa yang membenarkan mereka untuk menetap di rumah itu secara percuma sehingga Oktober.

“Memang malu mandi di stesen minyak dan duduk dalam kereta selama beberapa hari tetapi kami tidak mampu menyewa rumah,” katanya.

Menurut Shazwan, dia juga pernah terdetik untuk menjual kereta Proton Wira miliknya yang menjadi tempat dia sekeluarga berteduh untuk mendapat wang bagi membayar duit rumah sewa.

Kisah Shazwan sekeluarga tular di media sosial Facebook dan semenjak itu dia banyak menerima bantuan daripada pelbagai pihak membuatkan dia membatalkan niat untuk menjual kereta berkenaan.

Antara pihak yang memberi sumbangan kepada Shazwan sekeluarga ialah Pengurus Econsave BPJ, M Kavikumar yang mendapat berita ini dan bersimpati dengan nasib tiga beranak tersebut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...