Keluarga Thailand Ini Raih Pendapatan Hingga RM 250 Sehari Minta Sedekah Di Bukit Bintang

Trending

Keluarga Thailand Ini Raih Pendapatan Hingga RM 250 Sehari Minta Sedekah Di Bukit Bintang

Beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Syawal, seorang individu tertentu telah menyebarkan mengenai satu keluarga ‘melayu’ yang bergelandangan di Bukit Bintang tidak mendapat bantuan dari lembaga zakat justeru tidak dapat menyambut hari raya seperti orang lain.


 photo zakat.jpg

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuat siasatan dan mendapati apa yang diviralkan tidak mempunyai asas. Berikut ialah kenyataan MAIWP berkenaan keluarga itu:

Advertisement


UPDATE TERKINI VIRAL KELUARGA BERGELANDANGAN DI SG. WANG, BUKIT BINTANG

13 Julai 2016

1.30ptg – Pihak Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP Parlimen Bukit Bintang/Titiwangsa telah turun sekali lagi bagi menjejaki sebuah keluarga yang bergelandangan di Sg. Wang, Bukit Bintang. Setelah usaha-usaha semalam gagal, hari ini kami berjaya jejaki mereka…

Puan Roziah binti Yusuf, seorang ibu tunggal berusia 41 tahun merupakan warganegara Thailand. Beliau menyara 7 orang anak berusia antara 1 tahun hingga 14 tahun dan 2 orang cucu berusia 2 tahun dan 6 bulan. Kini, beliau menyewa bilik di sebuah hotel dengan kadar RM30 sehari…

Perbelanjaan harian ditampung melalui aktiviti meminta sedekah dengan pendapatan antara rm150 hingga rm250 sehari. Mereka selalunya berada di lokasi antara jam 10 pagi hingga jam 6 ptg dan kadang-kadang hingga ke waktu malam…

Kes ini merupakan viral yang ke2 di mana tahun lepas keluarga ini juga menjadi viral di Fb apabila mereka bergelandangan di Plaza Imbi. Mereka sentiasa melarikan diri bagi mengelakkan diri dan tidak mahu dibantu. Suami beliau merupakan warga Myanmar. Tahun lepas beliau dakwa suaminya di penjara tetapi kali ini beliau mendakwa suaminya meninggal disebabkan kemalangan. (Boleh semak posting kami pada 10 Jun, 11 Jun dan 18 Jun 2015 berkaitan isu viral kes ini pada tahun lepas).

Pihak skuad akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk membantu keluarga ini memandangkan mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri…

Salam Jejak Asnaf


 photo 1.jpg
 photo 2.jpg
 photo 3.jpg
 photo 4.jpg
 photo 5.jpg
 photo 6.jpg
 photo 7.jpg
 photo 8.jpg
 photo 9.jpg
Sumber: Baitulmal MAIWP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...