Keluarga Teoh Beng Hock Tolak Permohonan Maaf SPRM, Anggap Tidak Ikhlas & Mahu Tindakan Tegas

Kehidupan

Keluarga Teoh Beng Hock Tolak Permohonan Maaf SPRM, Anggap Tidak Ikhlas & Mahu Tindakan Tegas

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menolak permohonan maaf yang dikemukakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sempena ulang tahun ke-16 kematian Beng Hock yang meninggal dunia semasa dalam siasatan SPRM pada 2009, memetik Harian Metro.

Adik mendiang, Teoh Lee Lan, 45, menyifatkan permohonan maaf tersebut sebagai tidak ikhlas dan tidak membawa sebarang makna selagi tiada pengakuan rasmi atau tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.

Advertisement

 “Keluarga menolak tawaran itu, dan mendesak pegawai SPRM terbabit didakwa di mahkamah,” tegasnya dalam satu sidang media, malam tadi.

Lee Lan turut mengecam hasrat SPRM untuk memberikan sumbangan ihsan kepada keluarga, khususnya kepada anak mendiang, sebagai “memalukan” dan seolah-olah mahu menutup luka lama tanpa keadilan sebenar.

Permohonan maaf oleh Azam Baki disampaikan sebagai tanda simpati terhadap penderitaan yang ditanggung keluarga mendiang. Beliau menyatakan SPRM sedia menyumbang kepada waris sebagai tanda keprihatinan.

teoh beng hock

Mendiang Teoh Beng Hock, ketika itu Setiausaha Politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam, selepas semalaman disoal siasat oleh SPRM.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kematian Beng Hock berpunca daripada perbuatan satu atau lebih individu tidak dikenali semasa dalam tahanan SPRM.

Namun pada Mei lalu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan bahawa kertas siasatan kes tersebut telah diklasifikasi sebagai “Tiada Tindakan Lanjut” (NFA) selepas diteliti oleh Pejabat Peguam Negara.

Keluarga Teoh terus bertegas menuntut keadilan, menolak sebarang bentuk penyelesaian bersifat simbolik, dan mahu mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ejen pelancongan terkenal di Facebook pukul ditahan di sepang
2025-07-16 20:01:39

Ejen Pelancongan Jepun Aktif Di Group Facebook Ditahan Polis, Pukul & Ugut Rakan Gara-Gara 'Masuk' Kawasan Monopoli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...