Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Keluarga Shahir Datang Beraya Bukan Hantar Rombongan Merisik – Erra Fazira

Kunjungan penyanyi Shahir bersama keluarganya ke rumah selebriti popular Erra Fazira pada hari raya pertama minggu lalu mencetuskan pelbagai spekulasi. Ramai yang mengandaikan pasangan ini akhirnya akan bersatu sebagai suami isteri selepas dikatakan bercinta sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Erra menafikan perkara itu dan memberitahu Shahir dan keluarganya hanya sekadar beraya dan bukanlah menghantar rombongan merisik. Tiada sebarang perbincangan pun mengenai perkahwinan mereka.

Advertisement

Memang Shahir dan keluarganya ada datang ke rumah pada hari raya pertama lalu. Namun, ingin saya tegaskan, kunjungan itu sekadar untuk beraya. Tiada majlis merisik atau apa-apa yang berkaitan dengan hubungan kami. Malah, kami tidak berpakaian sedondon pun. Lagipun, saya dan keluarga Shahir sudah saling mengenali, jadi tiada masalah untuk mereka datang beraya.

Ditanya mengenai status hubungannya bersama Shahir, Erra masih menegaskan mereka tidak bercinta dan sekadar berkawan sahaja.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. KFC KE MCD

    June 26, 2018 at 3:04 pm

    YA ALAH ERRA OI..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top