Keluarga Selamba Bentang Tikar Di TRX, Netizen Dakwa Rosakkan Pemandangan – “Jangan Normalisasikan..”

Kehidupan

Keluarga Selamba Bentang Tikar Di TRX, Netizen Dakwa Rosakkan Pemandangan – “Jangan Normalisasikan..”

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di aplikasi Threads yang menarik perhatian ramai apabila seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika mengunjungi pusat membeli-belah The Exchange TRX.

Seperti yang diketahui, lokasi ini turut menempatkan TRX City Park, sebuah ruang terbuka mesra keluarga lengkap dengan tempat permainan untuk kanak-kanak. Namun, apa yang mengejutkan ialah apabila sebuah keluarga dilihat membentang tikar dan berkelah di atas tangga kawasan taman tersebut.

Advertisement

keluarga bentang tikar di trx

Menurut wanita itu, tindakan seperti ini tidak wajar dijadikan kebiasaan kerana ia bukan sahaja boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung lain, malah turut memberi imej kurang baik terhadap diri sendiri dan reputasi kawasan TRX secara keseluruhan.

Jangan normalisasikan picnic bentang tikar dekat tempat tak sepatutnya. Pergi TRX semalam, ada tempat outdoor untuk taman kanak-kanak dan sebagainya.

 

Boleh lepak macam tu lah, adalah juga one family dekat situ bentang tikar dan makan makanan bungkusan macam berkelah. Saya rasa boleh je awak pergi Kepong Metropolitan Park ke, Taman Titiwangsa ke kalau nak vibe picnic ni.

Wanita itu turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang mencacatkan pemandangan di sekitar taman berkenaan. Lebih membimbangkan, katanya, perbuatan seperti itu juga boleh memberi tanggapan negatif kepada pelancong asing terhadap budaya dan tahap kesedaran sivik rakyat Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan wanita itu dan berharap agar pihak pengurusan TRX dapat mengambil tindakan jika perkara sebegini berulang lagi.

keluarga bentang tikar di trx keluarga bentang tikar di trx keluarga bentang tikar di trx

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

1 month ago

Ramai 'Jogging' Di Trek Baru KLCC Park, Netizen Mahu Idea Guna Mall 'Sendu' Sebagai 'Indoor Park' Dipertimbang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...