Boleh dikatakan nama ahli keluarga Neelofa sering kali menjadi perhatian netizen terutama adik perempuannya, Ameera Khan.
Ameera Khan selalu menjadi bualan netizen susulan kontroversi yang dicetuskan dan sebagai kakak, Neelofa bertegas bahawa dia sama sekali tidak menutup mata jika adik terpalit dengan isu ‘panas’.
Menurut Neelofa, 34, dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kakak dengan menasihati pempegaruh popular tersebut.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Neelofa turut menepis dakwaan bahawa ahli keluarganya sengaja mencetus kontroversi supaya nama menjadi ‘panas’ semula.
Yang saya tahu keluarga saya tak ada seorang pun yang mencari populariti… tapi orang yang cari cerita kami.
Malah, dia berkata netizen yang terlalu suka mengorek cerita peribadi mereka sekeluarga biarpun mereka tidak membuat apa-apa.
Sekadar info, nama Ameera Khan sebelum ini menjadi topik utama dalam kalangan warganet susulan memuat naik foto menggantung colinya di balkoni sebuah hotel.