Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Keluarga Saya Dan Keluarga Haris Kini Sedang Mencari Titik Penyelesaian” – Neelofa

kenyataan neelofa

Selepas kecoh kelmarin di mana hubungan Neelofa dan PU Riz dikatakan sedang berantakan, hari ini wanita itu mengeluarkan kenyataan bagi menjawab segala persoalan netizen.

kenyataan neelofa

Antara tuduhan yang dijawab oleh usahawan wanita itu ialah mengenai khabar angin kononnya dia terkena perbuatan minyak pengasih.

Advertisement

Jelas Neelofa, ia merupakan tuduhan yang sangat berat dan langsung tidak sahih. Malah dia memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan baik selain meminta semua terus mendoakan kesihatannya.

Selain itu, Neelofa turut memberikan kenyataan mengenai tuduhan mengatakan bahawa dia mengeluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada PU Riz. Tidak bercerita panjang, namun wanita itu bertegas dalam menafikan khabar angin tersebut.

Malah wanita itu juga tidak lupa untuk menyangkal berita yang mengatakan bahawa dia sudah pun bernikah di Kelantan bersama PU Riz dan bersaksikan bapanya sendiri.

Tambah Neelofa lagi, tidak manis baginya untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang membelakangkan keluarganya. Malah menjelaskan bahawa keluarganya dan keluarga PU Riz kini sedang berbincang untuk mencapai jalan penyelesaian yang terbaik.

Advertisement

Akhir kata, Neelofa memohon semua pihak untuk memberikan kerjasama selain menyediakan ruang sewajarnya buatnya. Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih terhadap segala sokongan yang diberikan.

Selain daripada kenyataan bertulis ini, Neelofa turut memberikan penjelasan mengenai isu ini di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Neelofa dan PU Riz.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 Comments

  1. tiu

    December 28, 2020 at 1:19 pm

    lofa oo lofa , pertama sekali boleh tak please advise keluarga you dulu yg jadi army army you tu. kalau ada apa apa isu ke masalah ke konflik ke yg berkaitan dengan you, boleh tak nasihatkan diorang jgn sibuk sngat nak update ig diorang tu. Nampak sangat , diorang tu dah melangkaui dan melebih lebih drp you. Yg ada masalah adalah you, patutnya yg buat statement adalah you dulu bagi clear situation. tapi yg create SPEKULASI adalah permulaannya dari keluarga you SENDIRI. OMG ! I pun tak paham apa yg famili you nak sebenarnya wohoho . attention kah ?

    Mcm you cakaplah lofa, apa apa keputusan tak nak membelakangkan keluarga you.Betul lah TU lofa ! I pun setujuuu…Tapi seharusnya, keputusan, perbincangan ke apa apa dalam keluarga seharusnya buatlah secara internal, then youlah yg buat statement, family you takyahlah nak sibuk sibuk upd ig bagai. Tahulah you anak emas dalam keluarga. Kata cerdik pandai kan. Takkan benda ni you tak tahu. Lainlah diorang tu ada niat lain.

    Ini nampak gaya family style suka sindir-menyindir …dulu shahnaz, pastu fattah pastu pu riz lepas ni sapelah plak…hati-hati gaiiss…

    netizen baca bukan sebelah mata tau , apa yg keluar dari ig you all tu, tulah yg create spekulasi berterbangan. Org kata membuka ruang utk org luar bercakap-cakap ttg you . Cuba jadi berhemah sikit. Kurang-kuranglah main ig tu … update gambar seksi seksilah…sindir sindirlah….tayang tayang kemewahan lah

    lepas tu keluar ayat -ayat islamic , tapi follow ke tak ?

    apapun I doakan semoga urusan you dipermudahkan. Im still your die hard fan, cuma tak berapa gemar tgok cara famili you tu …. kuat nempel kuat sindir

    and lagi satu , I doakan mana mana adik beradik you yg terlampau seksi tu, dapat hormati you yg berimej skrg. Bukan nak suruh diorang jadi pakai niqab mcm you pun. At least jgnlah seksi sangat demi menghormati you yg dah berimej mcm ni dah …tak salah pun hormati kakak kan ….

  2. lopak

    December 28, 2020 at 10:51 am

    Padan muka ko Lopak. Dulu time lu buat Anzalna, bukan main lu. Ini jam apa cerita? KAH!

  3. anonymous

    December 28, 2020 at 9:04 am

    welll this pu also not a gud guy …alim kuching only….teringat gambar ‘punai’ itewwww

  4. Gogo

    December 28, 2020 at 1:31 am

    Masakkklah sape sape yg kahwin ngan neelofa konon anak emas ni. Nanti kalau ada masalah rumahtangga ke asyik kena sindir sindir dgn mak mentua dan ipar duai je kat ig. Sikit sikit story, sikit sikit post sibuk hal org.. Takkan tak ingat berapa org dah kena haha.. Mmg tak tenanglah sape duk dlm keluarga mcm ni punya gaya. Kena kuatkan mentallah jadi yg menurut perintah. Kalau tak menurut perintah, abisslahhhh kena tembak dgn army army dia haha.. Lawak betullah diorang ni… Kuat sangat main ig ni satu family

    • Gigi

      December 28, 2020 at 11:24 am

      setuju 100% hahahahahhaha

  5. No drama

    December 28, 2020 at 12:29 am

    Ps. Sama je ngan family nadia brian. Adik beradik satu gang.

    • Kucing Hijau

      December 28, 2020 at 7:18 am

      Apa kata pu riz mintak pendapat sharnaz ttg hal ni. Dia dah terlebih experience tu dgn famili lofa. The Do’s & Dont’s mesti ada. Tapi i rasa the Dont’s yg byk. Cer tanya.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top