Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Keluarga Saya Dan Keluarga Haris Kini Sedang Mencari Titik Penyelesaian” – Neelofa

kenyataan neelofa

Selepas kecoh kelmarin di mana hubungan Neelofa dan PU Riz dikatakan sedang berantakan, hari ini wanita itu mengeluarkan kenyataan bagi menjawab segala persoalan netizen.

kenyataan neelofa

Advertisement

Antara tuduhan yang dijawab oleh usahawan wanita itu ialah mengenai khabar angin kononnya dia terkena perbuatan minyak pengasih.

Jelas Neelofa, ia merupakan tuduhan yang sangat berat dan langsung tidak sahih. Malah dia memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan baik selain meminta semua terus mendoakan kesihatannya.

Selain itu, Neelofa turut memberikan kenyataan mengenai tuduhan mengatakan bahawa dia mengeluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada PU Riz. Tidak bercerita panjang, namun wanita itu bertegas dalam menafikan khabar angin tersebut.

Malah wanita itu juga tidak lupa untuk menyangkal berita yang mengatakan bahawa dia sudah pun bernikah di Kelantan bersama PU Riz dan bersaksikan bapanya sendiri.

Advertisement

Tambah Neelofa lagi, tidak manis baginya untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang membelakangkan keluarganya. Malah menjelaskan bahawa keluarganya dan keluarga PU Riz kini sedang berbincang untuk mencapai jalan penyelesaian yang terbaik.

Akhir kata, Neelofa memohon semua pihak untuk memberikan kerjasama selain menyediakan ruang sewajarnya buatnya. Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih terhadap segala sokongan yang diberikan.

Selain daripada kenyataan bertulis ini, Neelofa turut memberikan penjelasan mengenai isu ini di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Neelofa dan PU Riz.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 Comments

  1. tecit

    December 28, 2020 at 5:26 pm

    depa nak apa pon xtaula haihh. nak laki yg xdominan ja kot. yg idle. ada mcm xdak.

  2. si gadis yang manis

    December 28, 2020 at 4:03 pm

    kaw2 nabila bantai. time dia kene dulu lofa up story seakan2 ada byk salah pihak abg ipar ko buat. now turn akk ko plk buat. ko nk kate ape lofa… hadap jela. bkn fez time ko ptus2 ni disbbkn cinta tlarang. dulu hans. fatah.. pastu si rizz ni. bkn sng wo nk bkk pintu hati. dah bkk ade plk org dok sebok2. stress weh family sndri dok sebok2. umo da brp pun masih lg famili dok sebok2. brani buat keputusan sndri la asal xlanggar syariat islam. mate org akan aim spe jodoh tbaik ko. lpas kwen bp lama plk btahan. stress weh. doa byk2. pnjang plk acik pesan ni. aihhh

  3. em

    December 28, 2020 at 1:29 pm

    Ingat tak kes farah fauzana yg last minute tak jadi tunang ke xjadi kahwin tu. xberapa ingat. Rasa patut contohi Fafau ni. yelah mesti ada sebab /isu /masalah pasal bakal suami dia kan..sbb tu last minute cancel kan.

    Tapi keluarga fafau mana ada menyibuk nyibuk. Mgkin diorang berbincang dalam keluarga secara internal. kemudian yg buat press conference/statement ada lah fafau sendiri. tak de dengar pun keluarga die masuk campur. senang settle terus. Org pun tak bercakap cakap sangat.

    mgkin boleh contohi kes fafau ni dulu..pendappat saya lah.

Leave a Reply to tecit Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama